nuffnang

Tuesday, September 11, 2012

Open House

Ermm..minggu lepas sempat jugak lah aku membuat open house even aku berharap minggu ni open house...tapi en. suami nak jugak wat sbb ramai yang available masa tu... Banyak sbb kenapa aku xnak minggu ni dan sebab utama ialah mak mertua aku ade kat umah...thah lah aku rs sgt xselesa bila mak dia ada kat umah... bukan apa aku nak buat kerja pun terhad...Banyak sgt bebelnya..itu xkena...ini salah...tapi en.suami xfaham semua yang aku rasa tu...Tapi aku seperti biasa tiada pilihan dan terpaksalah aku terima walaupun susah jugak untuk menghadapi semua tu....

Antara hidangan untuk open house hari tu...nasi himpit, satay, kuah kacang, sambal, nasi tomato, ayam masak merah, dalca dan acar timun..Air sirap plus biji selasih... oklah jemput pun member2 en. suami jer...kira kawan2 dia yang selalu lepak jer.

Semua ok dan meriah jer tapi yang tidak seberapa nak ok sebab mak dia membebel pasal aku dan en.suami dekat kawan-kawan en.suami..Perlu ker mak dia nak sibuk dan cerita secara terbuka..Aku pun xpasti mak dia ada perasaan ke tidak lakukan semua itu..aku sebenarnya rasa  malu.. memang aku terasa dan tension sangat tapi seperti biasa aku tidak dapat buat apa pun dan tak mampu buat apa pun...Selain berdoa dan berharap semua ini akan berakhir dan ada sinar lain dalam hidup aku

Tapi apa sekalipun en. suami nampak bahagia dan release bila borak-borak dengan kawan-kawan dia... semua tu terpaksalah aku relakan walaupun hati ni kerap kali kecewa dan memberontak..