nuffnang

Saturday, January 26, 2013

WAKTU YANG DITEGAH SOLAT SUNAT


5 Waktu ditegah (diharamkan) solat sunat

1. Selepas daripada solat fardu Subuh sehingga terbitnya matahari.
2. Mulai dari terbit matahari sehingga tinggi matahari itu kadar segalah pada pandangan mata (kira-kira 16 minit setelah matahari terbit).
3. Ketika matahari istiwa (berada di tengah-tengah langit) sehingga zawal (gelincir dari tengah-tengah langit) KECUALI hari Jumaat.
4. Selepas daripada solat fardu Asar sehingga terbenam matahari.
5. Ketika langit petang kelihatan kekuning-kuningan (ketika matahari hampir terbenam) hingga Maghrib.


Hukum solat ketika khutbah jumaat

Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi.


Boleh melakukan solat pada waktu yang di tegah jika:

*Solat sunat di dalam Masjidil Haram dan kawasan-kawasan tanah haram di MEKAH, ianya dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.

*Boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim (haram)
*Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu/ mendatang) seperti solat sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.

No comments:

Post a Comment