nuffnang

Tuesday, June 11, 2013

Bayi demam

Sebolehnya kita tak nak bayi kita demam dan tiap kali kene suntikan apa yang dibimbang adalah takut bayi akan demam.

Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat : 36.5 - 37.8 darjah C. Bayi dianggap demam jika suhunya melebihi 37.7 darjah C ( pagi)  atau melebihi 38.2 darjah C (petang).

Kelakuan bayi anda lebih penting. Jika dia mempunyai demam pada 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau. Jika tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa dan jika dia amat letih dan tidak menyusu. Kita perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini. Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari. 
Antara langkah-langkah bila bayi demam :
  •  Jika demam dan berusia lebih daripada 2 bulan, boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.
  • Pakaikan bayi  baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
  • Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.
  • Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu --susu badan atau formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.
  • Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.

 Sila jangan : 
  • Jangan letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti sederhana adalah baik.
  • Jangan biarkan anak anda kelaparan; bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.
  • Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera.

Sumber : babycenter.com