nuffnang

Friday, July 5, 2013

kita bukan orang lain...

Sesetengah orang tidak dapat menerima nasihat orang lain walaupun ia adalah ke arah kebaikan. kenapa perlu kita menafikan perkara yang betul..Lebih baik berdiam dan berfikir daripada menidakkan benang yang basah...lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan perihal agama..

Sesetengah orang akan cakap "kenapa nak sibuk hal aku.. kau buat hal kau..aku dengan hidup aku...kau sape...dosa lain-lain...kubur lain-lain"

ya..semua  tu adalah benar tapi kita perlu ingat yang :

memandikan jenazah adalah orang lain
sembahyangkan jenazah adalah orang lain
mengafankan jenazah adalah orang lain
menanam jenazah adalah orang lain
membaca yaasin juga orang lain
dan yang bersedih juga adalah orang lain...

Jangan menafikan yang orang lain juga terlibat dalam hidup kita. sebab itu sesama islam kita sentiasa digalakkan mengingati dan menasihati sesama kita...kita bukan orang lain...kita adalah saudara sesama islam...walaupun penasihat bukan seorang yang baik tapi input yang ingin disampaikan andaikata ia baik..kita jadikan panduan..