nuffnang

Wednesday, July 3, 2013

Positif dengan ujian

Ujian adalah perkara biasa dalam hidup..setiap orang mempunyai  ujian atau cabaran yang berbeza-beza. Ujian sebenarnya mematangkan pemikiran kita dan mengajar kita erti bersabar dan menambah ketabahan kita. Tapi tak lupa juga dengan ujian seseorang akan menyalahkan  dan membenci seseorag yang lain dan menyalahkan pencipta...nauzibillah..

Sebagai orang Islam kita harus sematkan dalam fikiran yang ujian yang datang daripada Allah adalah cara Allah menguji ketabahan kita dan supaya kita sentiasa mengingatiNya ,berserah serta meminta petunjuk daripadaNya. Itu cara Allah menunjukkan sayang dia kepada kita. Buktinya apabila kita ditimpa musibah ia menjadikan kita mengingati Dia. Bila kita membaca kisah-kisah pahlawan terulung(nabi-nabi) kita, semuanya tak lari daripada ujian dalam kehidupan masing-masing. Malah ujian yang mereka terima adalah cukup berat berbanding dengan ujian yang kita alami.

Jadi mengapa kita senantiasa mengeluh dengan setiap ujian sedangkan kita tahu semuanya datang daripada Allah. pasti ada penyelesaian di atas permasalahan kita kerana tiada ujian melebihi kemampuan kita. Jadi bersabar seketika dan minta lah petunjuk daripada Allah.. Sentiasa berfikiran positif dan menganggap semua yang terjadi adalah ketentuan dan pasti ada jalan keluarnya.Kita perlu menganggap yang semuanya pasti ada hikmat tersembunyi dan ia adalah takdir kita untuk melaluinya. Sesungguhnya kita dianugerahkan oleh Allah akal yang cukup sempurna untuk berfikir jalan penyelesaiannya.

Apa yang pasti sematlah kata-kata yang cukup indah dan bermakna ini :
                " Jika suatu saat aku kehilangan arah dan tujuanku, berikan aku keyakinan adalah
                  takdirmu lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan. Kau damaikanlah
                  hatiku untuk menerima takdirmu kerana aku percaya perancanganmu adalah yang
                  terbaik dan terindah untuk diriku...."