WAKTU SESUAI MEMBERI BAYI MAKAN
Tanda-tanda yang bayi anda sudah bersedia untuk menerima makanan
pejal:
1.
Bayi mampu duduk
dengan tegak
2.
Bayi sudah mula
mengutip objek di hadapannya dan memasukkan ke dalam mulut
3.
Bayi sudah
menunjukkan minat terhadap makanan anda dengan cara ingin menerkam makanan anda
Jika dirujuk kepada
Kementerian Kesihatan Malaysia, bayi bersusia 6 bulan boleh mula diberikan
makanan berbentuk puri, iaitu dikisar atau dilecek halus. Bagi 8 bulan ke atas,
memadai makanan itu ditapis atau dikisar kasar.
TEMPOH MENYIMPAN MAKANAN BAYI
Sayur/buah puri=6bln
Ikan/ayam = 10 minggu
puri dgn susu =
4-6 minggu
kalau campur
semua bahan = 2-3 hari
PILIHAN SAYUR/BUAH/IKAN
Sayur yg baby leh
makan:
Bayam Hijau@Merah,
Brocoli, Kentang, Carrot, Pumpkin, Avocado
Buah yang baby
leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :
Pear, Apple Merah,
Pisang, Strawberry, Blueberry
Ikan yang boleh
di makan (semasa umur 8 bulan ke atas) :
ikan salmon (mmg
banyak khasiat), ikan yu, ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)
CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:
- Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus
satu2 buah/sayur... gunakan sedikit air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2
sayur/buah...
- Blendkan
buah atau sayur..Boleh guna blender kering. Tambahkan sedikit air.
CARA BUAT PUREE
NASI/ BERAS PERANG:
- Masak nasi mcm nak buat bubur. Air lebih dr
biasa.. biar nasi tu sampai kembang.
- Campur dengan vege. boleh guna list kat atas,
untuk permulaan, try satu2 bahan, jgn campur, cuba untuk seminggu.. tgk ade ape
perubahan ke, takut perut dia tak leh terima .
- Pada ibu yang nk antar kat pengasuh..Ibu yg
nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray.
Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam
tupperware/bekas utk letak dlm freezer... jgn beli yg murah.. takut karang
kesan tak elok pada anak kita.. steam sayur satu2.. then blend n simpan dlm tpt
beku, kalau nk guna.. kuarkan dulu.. and then masuk dlam slow cooker sekali dgn
beras.. masak.. dan blend..
- Masak lama skit yg nk campur sekali bahan..
mcm saya dalam sekali masak.. jgn simpan lama2.. tak elok hilang
khasiatnya.
- Nak simpan dalam freezer simpan dpm tupper
kecik.
CARA BUAT PUREE
IKAN/AYAM/DAGING
- Stim/rebus ayam/ikan/daging smpai lembut...
- Blend
smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat).
Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby...
- Bekukan sama mcm sayur/buah.