nuffnang

Wednesday, January 30, 2013

Bulan ke-4 hingga 6 bersama baby

Aku rs semakin bersemangat maklumlah dah masuk trasmeter ke-2 ni...masuk bulan ke-4 memang tak banyak perubahan...tapi rasa lebih bertenaga..cam sakit2 kepala tu dah xrasa ketara sangat lah..oklah...mungkin masa ni badan dah boleh terima perubahan hormon kita...

Masuk bulan ke-5 hingga ke-6 memang banyak gerakan yang boleh rasa...dah tahu time bila die bergerak...setakat ini baby ni aktif jer die...asyik terasa gerakan2 dalam tummy ni... masuk 6 bulan ni berat badan dah mmg ketara naik..kalau diikut2 start dari awal kehamilan sampai sekarang...lebih kurang 10kg dah nek ni...jenuhlahh nanti nak diet balik...

Ermm husband dah pilih nama tuk baby ni..aku tau die pun memang excited...nama untuk baby lelaki..kalau perempuan lum fikir lagi..actually ms scan 5 bulan ari tu memang xnampak..doktor kata baby terkangkang cam ner thah..tak nampak tuk yang scan 2d punyer... tunggu lah weekend ni scan tuk bulan ke-6..hope boleh nampak lah jantina die...memang tak sabar...

Sekarg ni kalau pergi mane2 supermarket mesti akan ade barang yang akan dibeli untuk baby...hehehe..memang excited sebnary menyambut kelahiran baby pertama ni...lagipun barang2 baby kan cute and comel semua.. stakat ni barang2 besar jer lum beli lagi...insya-Allah akan diusahakan dari masa ke semasa...

Aku sentiasa mendoakan baby ni sentiasa sihat dan sempurna semuanya...aminn...



Sunday, January 27, 2013

Panduan Asas Solat terawih dan witir

1. Niat solat terawih
2. Panduan ayat lazim solat terawih

    Apabila kita solat terawih sendirian kebiasaan kita akan membaca surah-surah lazim. Di sini adalah 
    panduan bacaan surah lazim dalam solat terawih :
                                                 sumber : al-azkar.blogspot

    Bagi rakaat yang genap (2,4,6,8,10,12,14,16,18,20) boleh membaca surah al-ikhlas tetapi pada hari ke-16 hingga terakhir digalakkan membaca surah al-qadr dan rakaat kedua surah2 biasa.

3. Niat solat witir(2 rakaat)


أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ     
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
  
3a. Surah solat witir(2 rakaat)
                                                                             Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
                                   Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun
 


4. Niat solat witir(1 rakaat)
 
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

4a. Surah solat witir(1 rakaat)
 Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan
An-Naas.
 

5. Zikir selepas solat witir

سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ

6. Doa selepas solat witir  

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Saturday, January 26, 2013

WAKTU YANG DITEGAH SOLAT SUNAT


5 Waktu ditegah (diharamkan) solat sunat

1. Selepas daripada solat fardu Subuh sehingga terbitnya matahari.
2. Mulai dari terbit matahari sehingga tinggi matahari itu kadar segalah pada pandangan mata (kira-kira 16 minit setelah matahari terbit).
3. Ketika matahari istiwa (berada di tengah-tengah langit) sehingga zawal (gelincir dari tengah-tengah langit) KECUALI hari Jumaat.
4. Selepas daripada solat fardu Asar sehingga terbenam matahari.
5. Ketika langit petang kelihatan kekuning-kuningan (ketika matahari hampir terbenam) hingga Maghrib.


Hukum solat ketika khutbah jumaat

Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi.


Boleh melakukan solat pada waktu yang di tegah jika:

*Solat sunat di dalam Masjidil Haram dan kawasan-kawasan tanah haram di MEKAH, ianya dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.

*Boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim (haram)
*Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu/ mendatang) seperti solat sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.

Thursday, January 24, 2013

Wednesday, January 23, 2013

Rukun Puasa dan Sembahyang

Rukun Sembahyang
  1.  BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
  2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
  3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
  4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
  5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
  6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selepas rukuk.
  7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
  8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
  9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
  10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
  11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
  12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
  13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
   

 Rukun Puasa
  • Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
  • Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.


Selawat ke atas nabi kita Muhammad

Di bawah adalah lirik selawat ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad yang selalu di baca dalam majlis-majlis kesyukuran.


Senarai nama Allah, Malaikat, Rasul dan kitab

Selepas mengetahui asasnya, mengetahui nama-nama malaikat, rasul dan kitab juga perlu sebagai orang islam.

  • Senarai nama-nama Allah
          1. Ar-Rahman (Ar Rahman) Artinya Yang Maha Pemurah
          2. Ar-Rahim (Ar Rahim) Artinya Yang Maha Mengasihi
          3. Al-Malik (Al Malik) Artinya Yang Maha Menguasai / Maharaja Teragung
          4. Al-Quddus (Al Quddus) Artinya Yang Maha Suci
          5. Al-Salam (Al Salam) Artinya Yang Maha Selamat Sejahtera
          6. Al-Mu'min (Al Mukmin) Artinya Yang Maha Melimpahkan Keamanan
          7. Al-Muhaimin (Al Muhaimin) Artinya Yang Maha Pengawal serta Pengawas
          8. Al-Aziz (Al Aziz) Artinya Yang Maha Berkuasa
          9. Al-Jabbar (Al Jabbar) Artinya Yang Maha Kuat Yang Menundukkan Segalanya
        10. Al-Mutakabbir (Al Mutakabbir) Artinya Yang Melengkapi Segala kebesaranNya
        11. Al-Khaliq (Al Khaliq) Artinya Yang Maha Pencipta
        12. Al-Bari (Al Bari) Artinya Yang Maha Menjadikan
        13. Al-Musawwir (Al Musawwir) Artinya Yang Maha Pembentuk
        14. Al-Ghaffar (Al Ghaffar) Artinya Yang Maha Pengampun

        15. Al-Qahhar (Al Qahhar) Artinya Yang Maha Perkasa
        16. Al-Wahhab (Al Wahhab) Artinya Yang Maha Penganugerah
        17. Al-Razzaq (Al Razzaq) Artinya Yang Maha Pemberi Rezeki
        18. Al-Fattah (Al Fattah) Artinya Yang Maha Pembuka
        19. Al-'Alim (Al Alim) Artinya Yang Maha Mengetahui
        20. Al-Qabidh (Al Qabidh) Artinya Yang Maha Pengekang
        21. Al-Basit (Al Basit) Artinya Yang Maha Melimpah Nikmat
        22. Al-Khafidh (Al Khafidh) Artinya Yang Maha Perendah / Pengurang
        23. Ar-Rafi' (Ar Rafik) Artinya Yang Maha Peninggi
        24. Al-Mu'izz (Al Mu'izz) Artinya Yang Maha Menghormati / Memuliakan
        25. Al-Muzill (Al Muzill) Artinya Yang Maha Menghina
        26. As-Sami' (As Sami) Artinya Yang Maha Mendengar
        27. Al-Basir (Al Basir) Artinya Yang Maha Melihat
        28. Al-Hakam (Al Hakam) Artinya Yang Maha Mengadili
        29. Al-'Adl (Al Adil) Artinya Yang Maha Adil
        30. Al-Latif (Al Latif) Artinya Yang Maha Lembut serta Halus
        31. Al-Khabir (Al Khabir) Artinya Yang Maha Mengetahui
        32. Al-Halim (Al Halim) Artinya Yang Maha Penyabar
        33. Al-'Azim (Al Azim) Artinya Yang Maha Agung
        34. Al-Ghafur (Al Ghafur) Artinya Yang Maha Pengampun
        35. Asy-Syakur (Asy Syakur) Artinya Yang Maha Bersyukur
        36. Al-'Aliy (Al Ali) Artinya Yang Maha Tinggi serta Mulia
        37. Al-Kabir (Al Kabir) Artinya Yang Maha Besar
        38. Al-Hafiz (Al Hafiz) Artinya Yang Maha Memelihara
        39. Al-Muqit (Al Muqit) Artinya Yang Maha Menjaga
        40. Al-Hasib (Al Hasib) Artinya Yang Maha Penghitung
        41. Al-Jalil (Al Jalil) Artinya Yang Maha Besar serta Mulia
       42. Al-Karim (Al Karim) Artinya Yang Maha Pemurah
       43. Ar-Raqib (Ar Raqib) Artinya Yang Maha Waspada
       44. Al-Mujib (Al Mujib) Artinya Yang Maha Pengkabul
       45. Al-Wasi' (Al Wasik) Artinya Yang Maha Luas
       46. Al-Hakim (Al Hakim) Artinya Yang Maha Bijaksana
       47. Al-Wadud (Al Wadud) Artinya Yang Maha Penyayang
       48. Al-Majid (Al Majid) Artinya Yang Maha Mulia
       49. Al-Ba'ith (Al Baith) Artinya Yang Maha Membangkitkan Semula
       50. Asy-Syahid (Asy Syahid) Artinya Yang Maha Menyaksikan
       51. Al-Haqq (Al Haqq) Artinya Yang Maha Benar
       52. Al-Wakil (Al Wakil) Artinya Yang Maha Pentadbir
       53. Al-Qawiy (Al Qawiy) Artinya Yang Maha Kuat
       54. Al-Matin (Al Matin) Artinya Yang Maha Teguh
       55. Al-Waliy (Al Waliy) Artinya Yang Maha Melindungi
       56. Al-Hamid (Al Hamid) Artinya Yang Maha Terpuji
       57. Al-Muhsi (Al Muhsi) Artinya Yang Maha Penghitung
       58. Al-Mubdi (Al Mubdi) Artinya Yang Maha Pencipta dari Asal
       59. Al-Mu'id (Al Muid) Artinya Yang Maha Mengembali dan Memulihkan
       60. Al-Muhyi (Al Muhyi) Artinya Yang Maha Menghidupkan
       61. Al-Mumit (Al Mumit) Artinya Yang Mematikan
       62. Al-Hayy (Al Hayy) Artinya Yang Senantiasa Hidup
       63. Al-Qayyum (Al Qayyum) Artinya Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
       64. Al-Wajid (Al Wajid) Artinya Yang Maha Penemu
       65. Al-Majid (Al Majid) Artinya Yang Maha Mulia
       66. Al-Wahid (Al Wahid) Artinya Yang Maha Esa
       67. Al-Ahad (Al Ahad) Artinya Yang Tunggal
       68. As-Samad (As Samad) Artinya Yang Menjadi Tumpuan
       69. Al-Qadir (Al Qadir) Artinya Yang Maha Berupaya
       70. Al-Muqtadir (Al Muqtadir) Artinya Yang Maha Berkuasa
       71. Al-Muqaddim (Al Muqaddim) Artinya Yang Maha Menyegera
       72. Al-Mu'akhkhir (Al Muakhir) Artinya Yang Maha Penangguh
       73. Al-Awwal (Al Awwal) Artinya Yang Pertama
       74. Al-Akhir (Al Akhir) Artinya Yang Akhir
       75. Az-Zahir (Az Zahir) Artinya Yang Zahir
       76. Al-Batin (Al Batin) Artinya Yang Batin
       77. Al-Wali (Al Wali) Artinya Yang Wali / Yang Memerintah
       78. Al-Muta'ali (Al Muta Ali) Artinya Yang Maha Tinggi serta Mulia
       79. Al-Barr (Al Barr) Artinya Yang banyak membuat kebajikan
       80. At-Tawwab (At Tawwab) Artinya Yang Menerima Taubat
       81. Al-Muntaqim (Al Muntaqim) Artinya Yang Menghukum Yang Bersalah
       82. Al-'Afuw (Al Afuw) Artinya Yang Maha Pengampun
       83. Ar-Ra'uf (Ar Rauf) Artinya Yang Maha Pengasih serta Penyayang
       84. Malik-ul-Mulk (Malikul Mulk) Artinya Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
       85. Dzul-Jalal-Wal-Ikram (Dzul Jalal Wal Ikram) Artinya Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
       86. Al-Muqsit (Al Muqsit) Artinya Yang Maha Saksama
       87. Al-Jami' (Al Jami) Artinya Yang Maha Pengumpul
       88. Al-Ghaniy (Al Ghaniy) Artinya Yang Maha Kaya Dan Lengkap
       89. Al-Mughni (Al Mughni) Artinya Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
       90. Al-Mani' (Al Mani) Artinya Yang Maha Pencegah
       91. Al-Darr (Al Darr) Artinya Yang Mendatangkan Mudharat
       92. Al-Nafi' (Al Nafi) Artinya Yang Memberi Manfaat
       93. Al-Nur (Al Nur) Artinya Cahaya
       94. Al-Hadi (Al Hadi) Artinya Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
       95. Al-Badi' (Al Badi) Artinya Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
       96. Al-Baqi (Al Baqi) Artinya Yang Maha Kekal
       97. Al-Warith (Al Warith) Artinya Yang Maha Mewarisi
       98. Ar-Rasyid (Ar Rasyid) Artinya Yang Memimpin Kepada Kebenaran
       99. As-Sabur (As Sabur) Artinya Yang Maha Penyabar / Sabar

                                                                                                  sumber: organisasi.org

  • Senarai nama-nama Malaikat
         1) Malaikat Jibril - Menyampaikan wahyu
         2) Malaikat Mikail - Menyebarkan rezeki dan menurunkan hujan
         3) Malaikat Israfil -  Meniupkan Sangkakala
         4) Malaikat Izrail - Mencabut nyawa Makhluk hidup
         5) Malaikat Raqib - Mencatat amal kebaikan manusia
         6) Malaikat Atid -  Mencatat amal keburukan manusia
         7) Malaikat Munkar -  Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzakh )
         8) Malaikat Nakir -  Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzakh )
         9) Malaikat Malik - Menjaga pintu neraka
       10) Malaikat Ridwan - Menjaga pintu Syurga


  • Senarai 25 nama-nama Rasul
    1. Adam
    2. Idris
    3. Nuh
    4. Hud
    5. Soleh
    6. Ibrahim
    7. Lut
    8. Ismail
    9. Ishak
    10. Ya’akob
    11. Yusuf
    12. Ayub
    13. Syui’b
    14. Musa
    15. Harun
    16. Zulkifli
    17. Daud
    18. Sulaiman
    19. Ilyas
    20. Ilyasa’
    21. Yunus
    22. Zakaria
    23. Yahya
    24. Isa
    25. Muhammad s.a.w.

  • Senarai 4 nama-nama Kitab
    1. Taurat - diturunkan kepada Nabi Musa AS.
    2. Zabur - diturunkan kepada Nabi Daud AS.
    3. Injil - diturunkan kepada Nabi Isa AS.
    4. Al-Quran - diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Asas Dalam Islam

Sebagai asas dalam Islam kita perlu tahu dan sentiasa menyebut dua kalimah syahadah dan sentiasa mengingati rukun islam dan rukun iman

Mengucap  Dua Kalimah Syahadah :


Antara Kelebihan Dua Kalimah Syahadah :


Rukun Islam dan Iman

Thursday, January 3, 2013

Surah semasa mengandung

Antara surah yg boleh diamal  bersama semasa mengadung ialah:

Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan
Surah Maryam
Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
Surah Luqman
Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa
Surah Yusuf
Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak
Surah Hujurat
Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yasin
Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
Surah At-Taubah
Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat
Surah An-Nahl
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin