nuffnang

Wednesday, July 10, 2013

salam ramadhan

Bulan ramadhan kembali lagi..bulan yang penuh dengan barakah dan ganjaran pahala. apa perancangan kita menyambut bulan ramadhan tahun ini.apa yang pasti haruslah dipenuhi dengan amalan kebaikan.tak kiralah sedikit sekali pun..pasti ada ganjaran yang Allah berikan. sungguh besar dan istimewanya bulan ini. iblis dan syaitan dirantai dan tiada hasutan yang melalaikan lagi daripada makhluk tersebut.

Kali pertama berpuasa bersama anak sulungku ini terasa amat bermakna. Dan rasanya tak mahu hari-hari berlalu dengan pantas. Tak puas rasanya mengadap mukanya hari-hari walaupun setiap hari tak dapat tido yang cukup. kadang-kadang hanya 3-4 jam sahaja tido.Habis bulan ni maknanya kehidupan aku kembali seperti dulu...huhhh

salam ramadhan untuk semua yang beragama Islam..sama-sama kita meriahkan lagi bulan yang mulia ini...moga hari-hari kita diisi dengan perkara yang berfaedah..insya-Allah.





Friday, July 5, 2013

kita bukan orang lain...

Sesetengah orang tidak dapat menerima nasihat orang lain walaupun ia adalah ke arah kebaikan. kenapa perlu kita menafikan perkara yang betul..Lebih baik berdiam dan berfikir daripada menidakkan benang yang basah...lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan perihal agama..

Sesetengah orang akan cakap "kenapa nak sibuk hal aku.. kau buat hal kau..aku dengan hidup aku...kau sape...dosa lain-lain...kubur lain-lain"

ya..semua  tu adalah benar tapi kita perlu ingat yang :

memandikan jenazah adalah orang lain
sembahyangkan jenazah adalah orang lain
mengafankan jenazah adalah orang lain
menanam jenazah adalah orang lain
membaca yaasin juga orang lain
dan yang bersedih juga adalah orang lain...

Jangan menafikan yang orang lain juga terlibat dalam hidup kita. sebab itu sesama islam kita sentiasa digalakkan mengingati dan menasihati sesama kita...kita bukan orang lain...kita adalah saudara sesama islam...walaupun penasihat bukan seorang yang baik tapi input yang ingin disampaikan andaikata ia baik..kita jadikan panduan..

Wednesday, July 3, 2013

Kemahuan vs kemampuan

Kalau diturutkan kemahuan yang tiada penghujungnya tu pasti kita akan binasa kerana kita sebagai manusia khususnya golongan hawa ni mmg istimewa memiliki nafsu yang tiada noktahnya...

Lihat orang memiliki sesuatu terus berangan nak miliki nya juga..contohy gadget atau barangan yang cantik atau terbaru khususy.. terdetik dalam hati betapa gembiranya kalau aku memiliki sejumlah wang yang banyak.. .Kadang kala menyalahkan takdir.kenapa aku dilahirkan seorg yang miskin..kan bagus kalau aku dapat jadi macam si polan ni...

Mendengar pula orang yg selalu bercuti di luar negara atau yg selalu melancong... alangkah bagus hidup aku juga begitu...seronoky dapat melawat tempat-tempat yg menarik tu. klu ditakdirkan jadi orang kaya aku pasti akan abiskan ms aku dengan melancong....

Tengok pulak orang bahgia berkeluarga. memiliki suami yg romantik, baik, kaya, hensem lg..terus nk bandingkan dengan suami kita yg sederhana, xprihatin... menyalahkan lagi takdir hidup yang tidak sempurna tu...lalu menyesal dengan pilihan takdir kita.

Kemahuan membuatkan kita memandang sesuatu itu begitu menyeronokkan, mengasyikkan membuat kita lalai dan lupa realiti hidup kita yg sebenar. kerana kita tak pernah bersyukur dengan kehidupan yg kita ada.. kita senantiasa memandang ke langit tanpa menyedari yg kita berpijak di bumi. 

Kemahuan membuat kita lupa yg keterbatasan kemampuan kita.. kita tidak sedar yang kita tidak mampu mencapai kemahuan yang terlalu tinggi itu... Kemahuan membuatkan kita rs sentiasa ade kekurangan..kalau nk bersyukur mmg jauh sekali..percayalah hanya kesederhanaan sahaja yg akan memberi kepuasan kepada kita..

Positif dengan ujian

Ujian adalah perkara biasa dalam hidup..setiap orang mempunyai  ujian atau cabaran yang berbeza-beza. Ujian sebenarnya mematangkan pemikiran kita dan mengajar kita erti bersabar dan menambah ketabahan kita. Tapi tak lupa juga dengan ujian seseorang akan menyalahkan  dan membenci seseorag yang lain dan menyalahkan pencipta...nauzibillah..

Sebagai orang Islam kita harus sematkan dalam fikiran yang ujian yang datang daripada Allah adalah cara Allah menguji ketabahan kita dan supaya kita sentiasa mengingatiNya ,berserah serta meminta petunjuk daripadaNya. Itu cara Allah menunjukkan sayang dia kepada kita. Buktinya apabila kita ditimpa musibah ia menjadikan kita mengingati Dia. Bila kita membaca kisah-kisah pahlawan terulung(nabi-nabi) kita, semuanya tak lari daripada ujian dalam kehidupan masing-masing. Malah ujian yang mereka terima adalah cukup berat berbanding dengan ujian yang kita alami.

Jadi mengapa kita senantiasa mengeluh dengan setiap ujian sedangkan kita tahu semuanya datang daripada Allah. pasti ada penyelesaian di atas permasalahan kita kerana tiada ujian melebihi kemampuan kita. Jadi bersabar seketika dan minta lah petunjuk daripada Allah.. Sentiasa berfikiran positif dan menganggap semua yang terjadi adalah ketentuan dan pasti ada jalan keluarnya.Kita perlu menganggap yang semuanya pasti ada hikmat tersembunyi dan ia adalah takdir kita untuk melaluinya. Sesungguhnya kita dianugerahkan oleh Allah akal yang cukup sempurna untuk berfikir jalan penyelesaiannya.

Apa yang pasti sematlah kata-kata yang cukup indah dan bermakna ini :
                " Jika suatu saat aku kehilangan arah dan tujuanku, berikan aku keyakinan adalah
                  takdirmu lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan. Kau damaikanlah
                  hatiku untuk menerima takdirmu kerana aku percaya perancanganmu adalah yang
                  terbaik dan terindah untuk diriku...."


Monday, July 1, 2013

Tak baik menilai

Kekadang kalau ada waktu lapang, aku selalu membaca gosip artis kat satu blog ni..tak perlu mention blog siapa..biaselah nak tau perkembangan artis kita.tapi yang pasti blog ni memang ramai peminatnya..

Yang aku tak berapa berkenan dengan pengomen kat sane...kata-kata yang terlalu cepat menilai...terlalu taksub dengan kebencian jika ada artis yang tak digemari...mengutuk, mencaci, memfitnah seolah-olah dia seorang sahaja yg perfect..di samping tu terlalu cepat melatah dan menilai dan mengambil semua isu yang diutarakan adalah benar..kat situ memang menampakkan pemikiran orang melayu kita yang terlalu cepat menghukum...menilai...kekadang sedih melihat perkembangan ini..artis juga manusia macam kita yang menjalankan aktiviti seharian cuma bezay dorang adalah public figure...

Dan yang paling menyedihkan lagi bila ada pengomen yang memberi nasihat yang baik diperlekeh..dikatakan pulak alim oleh pengomen lain...jika nasihat itu baik dan betul kenapa nak  mempertikai benda yang baik.. adakah orang melayu kita xboleh menerima sesuatu yang baik dan positif?

pengalaman-menjaga anak 0-2 bln

Menjaga anak sewaktu dalam pantang adalah suatu pengalaman yg cukup berharga bagiku...kesabaran tetap diuji...jika kesabaran tak tinggi pasti akan rs putus asa dan amarah akan sentiasa kemuncak..

Apa tak nya, sakit bersalin masih terngiang-ngiang di ingatan,ditambah dengan keadaan yang tidak cukup rehat...setiap jam kene bangun untuk bagi susu kat baby...baru nak terlelap baby  dah terjaga balik..nak kene tunggu baby terlelap dulu baru kita boleh tido..ditambah pulak dengan sakit pinggang, penat dan sebagainya...huhh mmg agak menguji kesabaran itu...lebih-lebih lagi tanpa sokongan daripada suami sebab balik berpantang di kampung halaman..sebab itulah jalinan antara ibu dan anak terlalu kuat..naluri ibu terhadap anaky terlalu kuat...

Tapi selepas waktu tu berlalu..baru rasa yang itulah pengalaman yg paling berharga sebab kita dapat melihat bayi kita membesar dengan begitu cepat dari hari ke hari..tambah pulak klu kita wanita yang berkerjaya..waktu berpantang tulah masa untuk menyemai rasa kasih dan sayang kepada bayi kita. bila dah berkerja balik kita hanya boleh bersamanya di waktu mlm sahaja..tu pun kalau dia tak tido...masa terluang sikit bila tiba weekend..Selepas tu baru hati terdetik..."mengapalah waktu berpantang tu begitu cepat berlalu...kenapa baby mama ni terlalu cepat membesar"...begitu indah rasay waktu bersama baby kita...melihat dia menangis,menggeliat, menyusu..rasa waktu itu apa saja yg dia lakukan begitu cute di mata kita..walaupun die menangis....terima kasih ya Allah kerana memberi aku peluang merasai waktu yang berharga itu....aku memang seorang yang bertuah di atas peluang ini..tak semua yang dapat merasai peluang ini..ramai pasangan di luar sana menunggu dan mengharap untuk mendapatkan cahaya mata..bersabarlah kekawan pasti rezekimu akan tiba jua..jgn berhenti berharap denganNya...