nuffnang

Monday, September 24, 2012

kad merah

First sekali aku memang bersyukur kepada Allah sebab memberi peluang untuk aku merasa keadaan dan saat ini.. memang sesuatu yang mengembirakan bila pergi klinik, wat urin test dan selepas tu doktor bagi report kad merah...Ati pun tersenyum riang jerlah kan...akhirnya aku diberi kesempatan untuk merasai keadaan ini.. : 

Aku gak diberi multi-vitamin tuk ibu mngandung  iaitu obimin...Actually bila aku surf-surf banyak version yang cakap obimin xperlu ambik lah usia 4 bulan ke bawah lahh..memang banyak version...Aku pun xpasti mana satu yang betul...Ni antara versi yang aku tgk agak positif psal obimin ni

"yg saye tau obimin tu tok bg kite xpucat/kurg tenaga...kalau u dah kuat xperlu la...it depend pd org la..cam saye anak first dr kasi obimin dan second dr kasi piramilet..bih kurg jer fungsi ubat tu...ia support bdn kite la..lain org lain la situasinyer...it depend on ur body la.."

"for those yang preggie.. nutrisi penting adalah iron ( zat besi) dan folic acid...
zat besi adalah penting penghasilan pigmen hemoglobin yang terdapat dalam sel darah merah.. fungsi hemoglobin adalah untuk mengangkut oksigen dan membekalkan kepada sel2 badan ibu dan juga sel2 badan baby yang sedang membesar tu...
selalunya ketika mengandung, isipadu darah meningkat tetapi pengahasilan sel2 darah tidak serancak peningkatan isipadu darah..jadi ibu mengandung cenderung utk mengalami masalah kekurangn sel darah, yakni anemia.. gejala anemia adalah cepat2 terasa letih, lebih teruk lagi, pitam...
folic acid pula penting untuk pembentukan saraf2 bayi....foilc acid yang mencukui penting untuk mencegah kecacatan sistem saraf...so jangn skip ok.... makan!
obimin spt yang diterangkan di atas sudah merangkumi kedua2 nutrisi ini... so those yang dah ambik obimin tok sah lagi amik folic acid... tapi kalo nak makan 2 2 pon tak kisah.. tak membahayakan.. cuma membazir je la.. sbb folic acid cuma diperlukan dalam kuantiti microgram sahaja untuk pertumbuhan saraf yang normal...selebihnya akan dikumuh oleh badan ibu..
obimin juga mengandungi zat besi yg sudah mencukupi.... kurang sikit gejala muntah2 kalo nak banding pil zat besi (selalunya istilah pil tambah darah, or pil kaler coklat) yang dibekalkan oleh kementerian kesihatan..."

Setiap klinik len doktor bagitau dan len vitamin doc bagi  sebab tulah macam2 versi ade.. Tapi yang pasti keperluan yang dikehendaki tu ade tuk baby dan ibu...

Ni lak antara kandungan yang ade dalam Obimin sekadar informasi :
Each film tablet contains :
Vitamin A : 3,000 USP units,
Vitamin D : 400 USP units
Vitamin C : 100 mg
Vitamin B1 : 10 mg
Vitamin B2 : 2.5 mg
Vitamin B6 : 15 mg
Vitamin B12 : 4 mcg
Nicinamide : 20 mg
Calcium Panothenale : 7.5 mg
Folic Acid : 1 mg
Ferrous Fumarate : 90 mg
Calcium Lactate 250 mg
Copper : 100 mcg
Iodine : 100mcg.

Selain perlu menjaga pemakanan yang sihat, aku pun dah mula terasa pening2 lalat ni..hope xkene alahan yang teruklah sebab tiap-tiap hari aku kene drive lebih kurang sejam lebih untuk ke ofis..huwaaa...Hope semua berjalan dengan lancar..Insya-Allah...

Thursday, September 13, 2012

Annoying????

Sikap yang annoying atau menjengkelkan adalah satu sikap yang boleh membuat kita terasa huhhh menyampahnya.. malasnya aku nak layan... mmg kita tidak suka walaupun dia kawan baik kita... Kadang-kadang dia bagi nasihat tapi dia sendiri juga yang buat... klu sekali dua kita masih boleh consider tapi dah kene berkali-kali cam mane nak consider lagi ni... Memang tak salah mendengar nasihat tapi kalau nasihat tu daripada orang yang hanya tahu nak bercakap jer dan dia sendiri jugak yang buat rasa cam berat jer nak ikut kan... Nasihat memang budget alim tapi diri sendiri yang buat macam mana orang nak ikut yer...

Aku sendiri pun ada seorang kawan yang menyebabkan aku rasa annoying bile dengar die bagi nasihat... daripada start tingkatan 2 sampai lah sekarang (dah 11 tahun menjadi kawan baik)  aku xboleh mendengar dia bagi nasihat bukan apa sebab sudah banyak kali aku terkena..Apa yang dia nasihatkan kat aku bile dia kene situasi yang sama dengan aku tindakan dia bertentangan dengan apa yang dia nasihat kat aku... Pelik kan.. So bagi aku orang seperti ini memang kene fikir 2 3 kali untuk ikut nasihat dia...

Apa pun orang yang agak annoying ni kita boleh dengar jer apa yang dicakap tapi nak ikut kene fk sendiri lah..mana yang baik dan mana yang buruk... Tapi biasalah kita sebagai manusia ni ..nasihat orang memang terbaik..tapi klu nak wat lum tentu dia sendiri mampu lakukan..sama jugaklah dengan kita sendiri kan..




Tuesday, September 11, 2012

Open House

Ermm..minggu lepas sempat jugak lah aku membuat open house even aku berharap minggu ni open house...tapi en. suami nak jugak wat sbb ramai yang available masa tu... Banyak sbb kenapa aku xnak minggu ni dan sebab utama ialah mak mertua aku ade kat umah...thah lah aku rs sgt xselesa bila mak dia ada kat umah... bukan apa aku nak buat kerja pun terhad...Banyak sgt bebelnya..itu xkena...ini salah...tapi en.suami xfaham semua yang aku rasa tu...Tapi aku seperti biasa tiada pilihan dan terpaksalah aku terima walaupun susah jugak untuk menghadapi semua tu....

Antara hidangan untuk open house hari tu...nasi himpit, satay, kuah kacang, sambal, nasi tomato, ayam masak merah, dalca dan acar timun..Air sirap plus biji selasih... oklah jemput pun member2 en. suami jer...kira kawan2 dia yang selalu lepak jer.

Semua ok dan meriah jer tapi yang tidak seberapa nak ok sebab mak dia membebel pasal aku dan en.suami dekat kawan-kawan en.suami..Perlu ker mak dia nak sibuk dan cerita secara terbuka..Aku pun xpasti mak dia ada perasaan ke tidak lakukan semua itu..aku sebenarnya rasa  malu.. memang aku terasa dan tension sangat tapi seperti biasa aku tidak dapat buat apa pun dan tak mampu buat apa pun...Selain berdoa dan berharap semua ini akan berakhir dan ada sinar lain dalam hidup aku

Tapi apa sekalipun en. suami nampak bahagia dan release bila borak-borak dengan kawan-kawan dia... semua tu terpaksalah aku relakan walaupun hati ni kerap kali kecewa dan memberontak..

Dekorasi rumah di Larrez Concept

Kepada sesiapa yang ingin mendekorasi atau mengubahsuai rumah kediaman anda silalah hubungi kami di Larrez Concept...Atau hubungi saya terus di 017-9210703(ezan)...Sebarang pertanyaan juga dialu-alukan...Kami ingin membantu anda merialisasikan rumah impian anda 


Hubungi kami segera  untuk mengetahui promosi hari raya ini..Sekian

Monday, September 10, 2012

Bimbang

Bile kita tidak setuju dengan sesuatu tindakan suami kite di atas sbb2 tertentu tapi kita terpaksa bersetuju apakah yang pastinya dalam hati kita...hanya satu jer..iaitu perasaan bimbang tapi kita xmampu nak menghalang sebab suami dengan sikapnya xpernah rs salah dalam keputusan yang dibuat...Setiap pendapat kita dianggap tidak memahami nya...dan hanya die sahaja yang betul...apa lagi yg tinggal kat kita sebagai seorang isteri ni...hanyalah satu perasaan yang sangat bimbang...

Isteri ni sebenarnya tidak banyak pilihan dalam hidupnya.... kekadang mmg terasa diri ini dah xmampu nak buat keputusan dalam hidup...hanya terpaksa hadapi segala kemungkinan atas tindakan suami...

Sebenarnya kalau perempuan itu tahu nasibnya selepas dia berkahwin sudah pasti tiada siapa yang hendak berkahwin termasuklah aku sendiri...Kalau aku tahu kehidupan sekarang ni sebelum berkahwin aku pasti tidak mahu berkahwin sebenarnya...Tapi nak kata terlambat tu xbetul cuma mungkin ini boleh dikatakan takdir hidup ini....Susah cam ner pun di depan mata kene hadapi jugak....

Sunday, September 9, 2012

Bomoh

Sebut perkataan bomoh??..adakah praktikal lagi untuk diamalkan di masa sekarang...kalau dulu orang gune bomoh utk menjaga diri lebih2 lagi pekerjaan yang lebih terjerumus pada bahaya dan tujuan perubatan yg terhad...tapi konsep sekarang bomoh diguna untuk tujuan pengkhianatan..Mana erti nilai kemanusiaan yang merelakan org len menderita...ada yang sanggup melihat kematian org yang dibenci...Di situ menampakkan sifat seorang itu yang pendendam dan sanggup melihat orang yang dianiaya itu terus lenyap di atas bumi ini... Langsung tidak memikirkan bahawa suatu hari nanti dia sendiri akan mati dan tidak dapat meminta maaf daripada orang yang telah dia aniaya itu...

Dalam metro hari ni, 10 september 2012 yang sanggup kerugian rm12 000 kepada seorang bomoh semata-mata  untuk melihat tarikh kematian dia dan memanjangkan umur dia... Malah sanggup meninggalkan anak gadis dia kepada bomoh tersebut bagi menuruti syarat yang diberikan...Secara logiknya mana perginya akal yang waras hingga xdapat memikirkan mana yang dikatakan betul dan mana yang menipu...Semua ni pastinya akan membawa kepada syirik..Tidakkah sebagai orang islam wajib percaya yang tarikh kematian itu hanyalah rahsia Allah..Hanya Dia satu-satunya yang mengetahui tarikh kematian seseorang itu...

Moga apa yang berlaku sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kita yang lain agar terus berpegang kepada rukun Iman dan Islam dan tidak mudah terpesong dengan cabaran dan dugaan  hidup di dunia ini..Insy-Allah....



Thursday, September 6, 2012

menantu VS mertua

Tanyalah mana-mane perempuan even mak sekali pun mana ada siapa yang hendak duduk sebumbung dengan mak mertua..ni lebih kepada konteks mentua still sihat...mesti banyak buruk dari baik nya..tapi pernahkan lelaki nak faham semua benda ni...

Mengikut statistik lebih kurang sebanyak 600 000  kat malaysia ni penceraian berlaku disebab kan kehadiran org ke-3, ke-4 yang mempunyai hubungan dengan kite...Orang2 tersebut mungkin  mentua..moyang..saudara mara dan len-len...Tapi lelaki xboleh terima semua ni dan menafikan kenyataan tu... sbb gol lelaki xfaham kesengsaraan dan kesedihan wanita ni...

Dalam segala hal yg menyebabkan perempuan terasa..lelaki mana yang akan salahkan mak ayah die..xmungkin jugak diri sendiri...so semua kesalahan tu adalah kepada isteri die.. Pernahkan die fk selepas berkahwin isteri die meninggalkan semua benda untuk lelaki itu sendiri..tiada tempat bergantung dan menyokong...Tapi bile semua kesalahan tu dilemparkan ke atas isteri... ape jer lah nasib si isteri ni.. hanya hidup dalam keadaan tertekan...

Kadang-kadang mentua akan meluahkan persaan die yang die terasa dengan menantu...sebab itu tak betul..ini salah..tapi pernah dorang tahu yang tiap2 hari si menantu ini menangis akibat tekanan...lelaki itu dah tentu akan menjaga hati mak ayah die...tapi hati menantu tu sape yang akan jaga...sebab tu lah wanita yang tinggal sebumbung dengan mentua akan menjadi lebih malang..

Bila weekend tibe..mentua dah merancang tuk pergi sana sini..tapi menantu juga ada perancangan die sendiri...si lelaki dah tentu lebih mengutamakan mak ayah die...dan si menantu/isteri ini sudah tentu terasa makin tidak diberi perhatian jika keadaan itu berterusan dan paling teruk bila tiap2 minggu terpaksa memenuhi permintaan mentua sendiri..sampai dah tiada kehidupan lagi...bagaimana?

Bila sesuatu pendapat diutarakan....dan pendapat itu bercanggah dengan mertua...dah tentu keutamaan pendapat itu diberi kepada mentua dan si menantu tu akan merasa betapa die dah xdiperlukan sebab semuanya adalah sia-sia..setiap kali..setiap hari...die terus tertekan..dan tertekan.. 

Betul lelaki kene taat kepada ibu bapa...tapi lelaki juga haruslah berbuat baik kepada isteri mereka...klu ibu bapa itu hidup sampai 3/4 usia menantu..selama 3/4 hidup itulah menantu akan rs penderitaan semata-mata..mampu ker 1/4 lagi lelaki nak tebus balik dan menjaga hati isteri die balik sedangkan ms tu hanya kekosongan dalam hati si isteri..Tak rasa terlambat ker semua itu setelah isteri dah lama tidak mengharapkan apa-apa daripada lelaki..Bagaimana pula kalau si isteri meninggal terlebih dahulu ? Bermakna lebih daripada separuh dari hidup perempuan itu  hanya lah kisah luka...

Tapi xsemua mentua dan menantu x boleh hidup bersama...Semua perlukan pemahaman...tidak boleh satu pihak sahaja yang mengalah dan tidak boleh miliki sikap pentingkan diri sendiri....

Tuesday, September 4, 2012

3 bulan...

Dah 3 bulan berlalu sebagai isteri...

Tapi kenapa selalu ade kisah sedih yg menyelubungi aku.... mungkin tidak datang daripada die tapi dari pihak ketiga yang pastinya aku tidak boleh lari dari semua ini tapi kene hadapi...tapi aku kene selalu tabah dalam hidup ini...Semua ini sebuah kehidupan yang pastinya bukanlah selalu indah dan menenangkan...

Sentuh soal harapan juga aku dah makin tidak fikirkan tentang harapan dan impian sebab terlalu mustahil untuk dikecapi dalam hidup aku dan keadaan aku yang sekarang ini...namun perasaan ini xpernah berubah walaupun aku sentiasa menafikan semua itu...

Mungkin inilah salah satu cabaran bile bergelar isteri kepada die...Aku kene selalu optimis dengan hidup ini..jangan biarkan perasaan menguasai diri ini..