nuffnang

Sunday, September 9, 2012

Bomoh

Sebut perkataan bomoh??..adakah praktikal lagi untuk diamalkan di masa sekarang...kalau dulu orang gune bomoh utk menjaga diri lebih2 lagi pekerjaan yang lebih terjerumus pada bahaya dan tujuan perubatan yg terhad...tapi konsep sekarang bomoh diguna untuk tujuan pengkhianatan..Mana erti nilai kemanusiaan yang merelakan org len menderita...ada yang sanggup melihat kematian org yang dibenci...Di situ menampakkan sifat seorang itu yang pendendam dan sanggup melihat orang yang dianiaya itu terus lenyap di atas bumi ini... Langsung tidak memikirkan bahawa suatu hari nanti dia sendiri akan mati dan tidak dapat meminta maaf daripada orang yang telah dia aniaya itu...

Dalam metro hari ni, 10 september 2012 yang sanggup kerugian rm12 000 kepada seorang bomoh semata-mata  untuk melihat tarikh kematian dia dan memanjangkan umur dia... Malah sanggup meninggalkan anak gadis dia kepada bomoh tersebut bagi menuruti syarat yang diberikan...Secara logiknya mana perginya akal yang waras hingga xdapat memikirkan mana yang dikatakan betul dan mana yang menipu...Semua ni pastinya akan membawa kepada syirik..Tidakkah sebagai orang islam wajib percaya yang tarikh kematian itu hanyalah rahsia Allah..Hanya Dia satu-satunya yang mengetahui tarikh kematian seseorang itu...

Moga apa yang berlaku sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada kita yang lain agar terus berpegang kepada rukun Iman dan Islam dan tidak mudah terpesong dengan cabaran dan dugaan  hidup di dunia ini..Insy-Allah....



No comments:

Post a Comment