nuffnang

Monday, October 28, 2013

Penggunaan "Walker" kepada baby

Tadi terfikir pulak pasal nak bagi baby harith guna walker tapi terjumpa pulak satu statement ni kat forum susuibu.com...ni antara statementnya :
Terima kasih sebab berkongsi maklumat berguna ni


Friday, October 11, 2013

BAYI VS MAKANAN PEJAL

WAKTU SESUAI MEMBERI BAYI MAKAN

Tanda-tanda yang bayi anda sudah bersedia untuk menerima makanan pejal:
1.       Bayi mampu duduk dengan tegak
2.       Bayi sudah mula mengutip objek di hadapannya dan memasukkan ke dalam mulut
3.       Bayi sudah menunjukkan minat terhadap makanan anda dengan cara ingin menerkam makanan anda

Jika dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, bayi bersusia 6 bulan boleh mula diberikan makanan berbentuk puri, iaitu dikisar atau dilecek halus. Bagi 8 bulan ke atas, memadai makanan itu ditapis atau dikisar kasar.


TEMPOH MENYIMPAN MAKANAN BAYI
Sayur/buah puri=6bln  
Ikan/ayam = 10 minggu
puri dgn susu = 4-6 minggu
kalau campur semua bahan  = 2-3 hari


PILIHAN SAYUR/BUAH/IKAN
Sayur yg baby leh makan:
Bayam Hijau@Merah, Brocoli, Kentang, Carrot, Pumpkin, Avocado

Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :
Pear, Apple Merah, Pisang, Strawberry, Blueberry

Ikan yang boleh di makan (semasa umur 8 bulan ke atas) :
ikan salmon (mmg banyak khasiat), ikan yu, ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)

  
CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:

  1.  Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur... gunakan sedikit air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2 sayur/buah...
  2. Blendkan buah atau sayur..Boleh guna blender kering. Tambahkan sedikit air.


CARA BUAT PUREE NASI/ BERAS PERANG:

  1. Masak nasi mcm nak buat bubur. Air lebih dr biasa.. biar nasi tu sampai kembang.
  2. Campur dengan vege. boleh guna list kat atas, untuk permulaan, try satu2 bahan, jgn campur, cuba untuk seminggu.. tgk ade ape perubahan ke, takut perut dia tak leh terima .
  3. Pada ibu yang nk antar kat pengasuh..Ibu yg nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer... jgn beli yg murah.. takut karang kesan tak elok pada anak kita.. steam sayur satu2.. then blend n simpan dlm tpt beku, kalau nk guna.. kuarkan dulu.. and then masuk dlam slow cooker sekali dgn beras.. masak.. dan blend..
  4. Masak lama skit yg nk campur sekali bahan.. mcm saya dalam sekali masak.. jgn simpan lama2.. tak elok hilang khasiatnya.
  5. Nak simpan dalam freezer simpan dpm tupper kecik.

CARA BUAT PUREE IKAN/AYAM/DAGING

  1. Stim/rebus ayam/ikan/daging smpai lembut...
  2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby...
  3. Bekukan sama mcm sayur/buah.




Sunday, August 18, 2013

cerita raya

Boleh dikatakan raya tahun adalah raya yang paling meriah..disamping dapat beraya di kampung dengan suami, dapat pula bersama dengan orang baru..memang cukup meriah..en. suami pun first time kot raya di kampung sblm ni asyik di kl jer...

Malam hari raya, biasalah prepare juadah untuk hari raya..mengikut tradisi tahun sblumnya..buat satey ayam n daging..lepas asar dah start potong ayam 2 ekor n daging 2 kg...walaupun masa tu raya belum diumumkan lagi..cam tau jer esok raya..hehee..biaselah kan...lepas buka puasa baru start perap satey dan dlm pukul 10 camtu startlah cucuk satey kat lidi..dalam pukul 1 dah abis bakar satey...ermm akhiry aku akui tip xnak lidi satey terbakar..sblm cucuk rendam lidi dlm air ok..hehehe..mmg menjadi..buktinya xde satu pun lidi patah sebab hangus...xpercaya boleh mencuba ok..mak n akak aku start prepare tuk nasi minyak..wat gulai ayam n daging...slain ketupat n tapai...dalam pukul 4 pagi barulah masing-masing tido...

Esok pagi2 dah bangun..lepas makan..yg available pegi solat raya..aku lak terpaksalah rapikan rumah skit2 lagipun ada baby kecik..cam ner nak pegi solat raya...lepas solat, masing2 bergambar dgn family masing-masing..dan bermaafan dengan bonda tercinta..seronok n meriah...lepastu start lah terima tetamu...mmg penuh rumah dengan jiran2 sbelah datang..aku sempat lawat sbuah rumah jiran jer sebab harith dah xslesa...menangis jer..maybe sbb panas xtahan die duduk lama-lama..

petangnya plannya nak pegi rumah sedara yang len..tapi masuk jer pukul 5 masing2 dah terbongkang tido..tinggal mak jer yang mlayan tetamu..maklumlah mlm tadi tido pukul 4pagi..heheh..mlm raya adalah pluang borak2 dgn kakak2 maklumlah stahun skali dapat kumpul ramai-ramai..plan pegi mlawat ke 4 buah rumah tu postpon ke esoknya..esoknya dalam pukul 10 lepas bergambar tuk hari raya ke2..startlah mlawat...sempat pegi 3 buah rumah jer..sbb jarak rumah jauh n lagipun hari jumaat..ms pun singkat.. sampai rumah dah pukul 8 mlm...mlmy plan nk mkn meggie ketam...so dalm pukul 9camtu gerak ke kdai...punyelah ramai tapi nasib bek awal beberapa minit...still ada satu tempat kosong...abis mkn n balik rumah dalam pukul 11.30 mlm..Esoknya dah balik kl dan truskan hidup macam biasa...

Esok pagi, mulalah packing barang2 tuk balik kl...berat jer rasa hati ni..tapi sebab kehidupan harus diteruskan seperti biasa..aku dengan malasnya berkemas-kemas barang. Dalam pukul 10 pagi cam tu aku, en. suami dan anak kecilku bergerak balik...walaupun ada perasaan yang tertinggal di sana.:(... So raya ketiga beraya dalam kereta..itulah cerita raya pertama hingga ketiga aku...selamat tinggal kampung..jupe lagi di hari raya 2015..insy-Allah dengan izin-Nya


Wednesday, July 10, 2013

salam ramadhan

Bulan ramadhan kembali lagi..bulan yang penuh dengan barakah dan ganjaran pahala. apa perancangan kita menyambut bulan ramadhan tahun ini.apa yang pasti haruslah dipenuhi dengan amalan kebaikan.tak kiralah sedikit sekali pun..pasti ada ganjaran yang Allah berikan. sungguh besar dan istimewanya bulan ini. iblis dan syaitan dirantai dan tiada hasutan yang melalaikan lagi daripada makhluk tersebut.

Kali pertama berpuasa bersama anak sulungku ini terasa amat bermakna. Dan rasanya tak mahu hari-hari berlalu dengan pantas. Tak puas rasanya mengadap mukanya hari-hari walaupun setiap hari tak dapat tido yang cukup. kadang-kadang hanya 3-4 jam sahaja tido.Habis bulan ni maknanya kehidupan aku kembali seperti dulu...huhhh

salam ramadhan untuk semua yang beragama Islam..sama-sama kita meriahkan lagi bulan yang mulia ini...moga hari-hari kita diisi dengan perkara yang berfaedah..insya-Allah.





Friday, July 5, 2013

kita bukan orang lain...

Sesetengah orang tidak dapat menerima nasihat orang lain walaupun ia adalah ke arah kebaikan. kenapa perlu kita menafikan perkara yang betul..Lebih baik berdiam dan berfikir daripada menidakkan benang yang basah...lebih-lebih lagi perkara yang melibatkan perihal agama..

Sesetengah orang akan cakap "kenapa nak sibuk hal aku.. kau buat hal kau..aku dengan hidup aku...kau sape...dosa lain-lain...kubur lain-lain"

ya..semua  tu adalah benar tapi kita perlu ingat yang :

memandikan jenazah adalah orang lain
sembahyangkan jenazah adalah orang lain
mengafankan jenazah adalah orang lain
menanam jenazah adalah orang lain
membaca yaasin juga orang lain
dan yang bersedih juga adalah orang lain...

Jangan menafikan yang orang lain juga terlibat dalam hidup kita. sebab itu sesama islam kita sentiasa digalakkan mengingati dan menasihati sesama kita...kita bukan orang lain...kita adalah saudara sesama islam...walaupun penasihat bukan seorang yang baik tapi input yang ingin disampaikan andaikata ia baik..kita jadikan panduan..

Wednesday, July 3, 2013

Kemahuan vs kemampuan

Kalau diturutkan kemahuan yang tiada penghujungnya tu pasti kita akan binasa kerana kita sebagai manusia khususnya golongan hawa ni mmg istimewa memiliki nafsu yang tiada noktahnya...

Lihat orang memiliki sesuatu terus berangan nak miliki nya juga..contohy gadget atau barangan yang cantik atau terbaru khususy.. terdetik dalam hati betapa gembiranya kalau aku memiliki sejumlah wang yang banyak.. .Kadang kala menyalahkan takdir.kenapa aku dilahirkan seorg yang miskin..kan bagus kalau aku dapat jadi macam si polan ni...

Mendengar pula orang yg selalu bercuti di luar negara atau yg selalu melancong... alangkah bagus hidup aku juga begitu...seronoky dapat melawat tempat-tempat yg menarik tu. klu ditakdirkan jadi orang kaya aku pasti akan abiskan ms aku dengan melancong....

Tengok pulak orang bahgia berkeluarga. memiliki suami yg romantik, baik, kaya, hensem lg..terus nk bandingkan dengan suami kita yg sederhana, xprihatin... menyalahkan lagi takdir hidup yang tidak sempurna tu...lalu menyesal dengan pilihan takdir kita.

Kemahuan membuatkan kita memandang sesuatu itu begitu menyeronokkan, mengasyikkan membuat kita lalai dan lupa realiti hidup kita yg sebenar. kerana kita tak pernah bersyukur dengan kehidupan yg kita ada.. kita senantiasa memandang ke langit tanpa menyedari yg kita berpijak di bumi. 

Kemahuan membuat kita lupa yg keterbatasan kemampuan kita.. kita tidak sedar yang kita tidak mampu mencapai kemahuan yang terlalu tinggi itu... Kemahuan membuatkan kita rs sentiasa ade kekurangan..kalau nk bersyukur mmg jauh sekali..percayalah hanya kesederhanaan sahaja yg akan memberi kepuasan kepada kita..

Positif dengan ujian

Ujian adalah perkara biasa dalam hidup..setiap orang mempunyai  ujian atau cabaran yang berbeza-beza. Ujian sebenarnya mematangkan pemikiran kita dan mengajar kita erti bersabar dan menambah ketabahan kita. Tapi tak lupa juga dengan ujian seseorang akan menyalahkan  dan membenci seseorag yang lain dan menyalahkan pencipta...nauzibillah..

Sebagai orang Islam kita harus sematkan dalam fikiran yang ujian yang datang daripada Allah adalah cara Allah menguji ketabahan kita dan supaya kita sentiasa mengingatiNya ,berserah serta meminta petunjuk daripadaNya. Itu cara Allah menunjukkan sayang dia kepada kita. Buktinya apabila kita ditimpa musibah ia menjadikan kita mengingati Dia. Bila kita membaca kisah-kisah pahlawan terulung(nabi-nabi) kita, semuanya tak lari daripada ujian dalam kehidupan masing-masing. Malah ujian yang mereka terima adalah cukup berat berbanding dengan ujian yang kita alami.

Jadi mengapa kita senantiasa mengeluh dengan setiap ujian sedangkan kita tahu semuanya datang daripada Allah. pasti ada penyelesaian di atas permasalahan kita kerana tiada ujian melebihi kemampuan kita. Jadi bersabar seketika dan minta lah petunjuk daripada Allah.. Sentiasa berfikiran positif dan menganggap semua yang terjadi adalah ketentuan dan pasti ada jalan keluarnya.Kita perlu menganggap yang semuanya pasti ada hikmat tersembunyi dan ia adalah takdir kita untuk melaluinya. Sesungguhnya kita dianugerahkan oleh Allah akal yang cukup sempurna untuk berfikir jalan penyelesaiannya.

Apa yang pasti sematlah kata-kata yang cukup indah dan bermakna ini :
                " Jika suatu saat aku kehilangan arah dan tujuanku, berikan aku keyakinan adalah
                  takdirmu lebih baik daripada apa yang aku inginkan dan impikan. Kau damaikanlah
                  hatiku untuk menerima takdirmu kerana aku percaya perancanganmu adalah yang
                  terbaik dan terindah untuk diriku...."


Monday, July 1, 2013

Tak baik menilai

Kekadang kalau ada waktu lapang, aku selalu membaca gosip artis kat satu blog ni..tak perlu mention blog siapa..biaselah nak tau perkembangan artis kita.tapi yang pasti blog ni memang ramai peminatnya..

Yang aku tak berapa berkenan dengan pengomen kat sane...kata-kata yang terlalu cepat menilai...terlalu taksub dengan kebencian jika ada artis yang tak digemari...mengutuk, mencaci, memfitnah seolah-olah dia seorang sahaja yg perfect..di samping tu terlalu cepat melatah dan menilai dan mengambil semua isu yang diutarakan adalah benar..kat situ memang menampakkan pemikiran orang melayu kita yang terlalu cepat menghukum...menilai...kekadang sedih melihat perkembangan ini..artis juga manusia macam kita yang menjalankan aktiviti seharian cuma bezay dorang adalah public figure...

Dan yang paling menyedihkan lagi bila ada pengomen yang memberi nasihat yang baik diperlekeh..dikatakan pulak alim oleh pengomen lain...jika nasihat itu baik dan betul kenapa nak  mempertikai benda yang baik.. adakah orang melayu kita xboleh menerima sesuatu yang baik dan positif?

pengalaman-menjaga anak 0-2 bln

Menjaga anak sewaktu dalam pantang adalah suatu pengalaman yg cukup berharga bagiku...kesabaran tetap diuji...jika kesabaran tak tinggi pasti akan rs putus asa dan amarah akan sentiasa kemuncak..

Apa tak nya, sakit bersalin masih terngiang-ngiang di ingatan,ditambah dengan keadaan yang tidak cukup rehat...setiap jam kene bangun untuk bagi susu kat baby...baru nak terlelap baby  dah terjaga balik..nak kene tunggu baby terlelap dulu baru kita boleh tido..ditambah pulak dengan sakit pinggang, penat dan sebagainya...huhh mmg agak menguji kesabaran itu...lebih-lebih lagi tanpa sokongan daripada suami sebab balik berpantang di kampung halaman..sebab itulah jalinan antara ibu dan anak terlalu kuat..naluri ibu terhadap anaky terlalu kuat...

Tapi selepas waktu tu berlalu..baru rasa yang itulah pengalaman yg paling berharga sebab kita dapat melihat bayi kita membesar dengan begitu cepat dari hari ke hari..tambah pulak klu kita wanita yang berkerjaya..waktu berpantang tulah masa untuk menyemai rasa kasih dan sayang kepada bayi kita. bila dah berkerja balik kita hanya boleh bersamanya di waktu mlm sahaja..tu pun kalau dia tak tido...masa terluang sikit bila tiba weekend..Selepas tu baru hati terdetik..."mengapalah waktu berpantang tu begitu cepat berlalu...kenapa baby mama ni terlalu cepat membesar"...begitu indah rasay waktu bersama baby kita...melihat dia menangis,menggeliat, menyusu..rasa waktu itu apa saja yg dia lakukan begitu cute di mata kita..walaupun die menangis....terima kasih ya Allah kerana memberi aku peluang merasai waktu yang berharga itu....aku memang seorang yang bertuah di atas peluang ini..tak semua yang dapat merasai peluang ini..ramai pasangan di luar sana menunggu dan mengharap untuk mendapatkan cahaya mata..bersabarlah kekawan pasti rezekimu akan tiba jua..jgn berhenti berharap denganNya...

Saturday, June 15, 2013

Kisah Rumahtangga

Antara page yang aku suka baca kat fb adalah page kisah rumahtangga...Orang len akan pm admin dan ceritakan pasal kisah rumahtangga dan admin akan publish dengan identiti disembunyikan...pengomen len akan bagi pendapat dan cadangan..ok jugak la sebab yerlah kkdg kita sebagai isteri ni cam xde tempat nak meluahkan prasaan...mmg jadi pompuan ni seringkali akan makan ati dengan sikap suami yang dianggap sebagai pelindung...tapi apalah akan jadi klu suami tu sendri yang buat hal..

Antara kisah2 yang aku baca..kebanyakan yang mengadu msalah adalah disebabkan suami yang curang...kehadiran orang ke3..xkiralah skandal, ipar duai, mentua...dan apa yang pasti kebanyakan yg terjadi bila perkahwinan dah masuk tahun ke 3 dan ke atas...mesti dah lama pengadu tu memendam rasa dan akhiry terluah jugak biar pun melalui penulisan...walaupun luahan camtu xmungkin dpt selesaikan msalah tapi skurgy dapat legakan perasaan seketika..

Sesekali takut jugak bile fikir cam nerlah pulak kisah aku..maklumlah kita hidup di dunia ni sentiasa ada ujian dan cabaran..apa yang pasti semua dugaan itu datangnya daripada Dia yang berkuasa..

Tuesday, June 11, 2013

Bayi demam

Sebolehnya kita tak nak bayi kita demam dan tiap kali kene suntikan apa yang dibimbang adalah takut bayi akan demam.

Demam merupakan suhu badan yang melebihi suhu normal badan. Suhu badan normal pada bayi yang sihat : 36.5 - 37.8 darjah C. Bayi dianggap demam jika suhunya melebihi 37.7 darjah C ( pagi)  atau melebihi 38.2 darjah C (petang).

Kelakuan bayi anda lebih penting. Jika dia mempunyai demam pada 38.9 darjah C, menyusu dengan baik, bertindak balas dan mudah ditenangkan, anda tidak perlu risau, tetapi jika suhu dia ialah 38.2 darjah C, asyik menangis, lemah dan tidak aktif, anda perlu risau. Jika tiba-tiba dia menangis lebih daripada biasa dan anda tidak boleh menenangkannya seperti biasa dan jika dia amat letih dan tidak menyusu. Kita perlu lebih berhati-hati dengan bayi yang lebih kecil terutamanya bayi yang di bawah tiga bulan dan doktor akan membuat pemeriksaan yang lebih lanjut pada bayi-bayi ini. Bayi selalunya akan mudah sakit tetapi mereka juga mudah sembuh. Walau bagaimanapun, anda perlu hubungi doktor anda jika bayi anda demam selama lebih daripada tiga hari. 
Antara langkah-langkah bila bayi demam :
  •  Jika demam dan berusia lebih daripada 2 bulan, boleh berikannya Panadol yang khasnya untuk bayi dan kanak-kanak, untuk menurunkan suhunya. Ikuti arahan dos pengambilan dengan berhati-hati. Dos yang tepat bagi ibuprofen (Nurofen) juga boleh diberikan. Parasetamol dan ibuprofen tidak disarankan kepada bayi di bawah usia dua bulan dan jangan berikan aspirin kepada bayi atau anak anda yang berusia di bawah 16 tahun, yang dikaitkan dengan Sindrom Reye's, penyakit yang sebenarnya jarang berlaku tetapi boleh membawa kematian.
  • Pakaikan bayi  baju kain kapas yang nipis (jangan balut bayi anda untuk mengurangkan demam).
  • Pastikan biliknya sejuk. Jika perlu, letakkan kipas berhampiran bayi dan gunakan sehelai cadar atau selimut nipis untuk menyelimutkannya.
  • Berikan banyak cecair. Bayi kecil memerlukan lebih banyak air daripada biasa, iaitu --susu badan atau formula. Jika anda sudah memberikan minuman lain kepada bayi anda, berikan lollipop ais, sup jernih atau jus buah-buahan telah yang dicairkan.
  • Cuba mandian berspan. Letakkan bayi anda dalam tub mandi yang cetek dengan air yang suam dan gosokkan badannya, satu bahagian pada satu masa, dengan kain flanel atau span yang diperah sedikit. Jangan keringkan badan bayi anda; biarkan air tersejat sendiri. Ini mungkin membuatnya lebih selesa.

 Sila jangan : 
  • Jangan letakkan bayi anda di atas katil sahaja. Walau pun dia tidak boleh terlalu aktif, aktiviti sederhana adalah baik.
  • Jangan biarkan anak anda kelaparan; bayi yang sakit memerlukan banyak kalori dan cecair.
  • Jangan risau sangat. Sesetengah bayi mungkin demam dan berkelakuan seperti biasa. Bayi yang lain akan meragam sedikit tetapi dengan jagaan yang baik, bayi anda akan kembali sihat semula dengan segera.

Sumber : babycenter.com

Saturday, May 25, 2013

Berpantang lah pulak -Tropical Herbs

Ermm bersalin dah selamat..kini dah tiba masa untuk berpantang pulak.. Aku terpaksa berpantang lewat sebab nak lepas zon selamat untuk anak aku daripada terkena demam kuning...ingat yer..untuk mengelakkan anak daripada kuning sila elakkan  makan jamu,atau segalanya k..tunggu anak lepas zon selamat iaitu dlm tempoh 10-15 hari baru boleh...tu nasihat daripada doktor. So kalau xnak ambik risiko baik xpayah buat kan..klau anak kene demam kuning satu hal pulak kan nak kene ulang alik ke hospital

Ada orang masih memilih cara traditional tuk berpantang tapi bagi aku, aku menggunakan set  berpantang moden iaitu tropical herbs daripada amway.harga pasaran sekarang rm308 tapi  kalau ada yang berminat untuk beli dengan aku..aku boleh bagi dalam rm285. Kalau nak pos kene tambah wet tuk perkhidmatan pos lajulah rm10. Penghantaran percuma bg orang  yang duduk sekitar Klang Valley. Silalah hubungi/sms/wassup aku - 0179210703(pn. Ezan). Untuk maklumat lanjut silalah dengan hormat pegi ke link berikut:

 http://hne-happytogether.blogspot.com/p/blog-page_5300.html

Ade 10 barang yang ada dalam set lengkap tropical herbs ni :

Produk untuk Dimakan
1.  Teh Herba (10 uncang)
2.  Lepas Bersalin 1 (60 kapsul sayuran)
3.  Lepas Bersalin 2 (80 kapsul sayuran)

Produk-produk untuk Kegunaan Luaran
4.  Herba Pembersih Wanita (20 uncang)
5.  Herba Mandian (20 uncang)
6.  Campuran Peramping Perut (20 paket)
7.  Campuran Penghangat (15 paket)
8.  Campuran Penenang (15 paket)
9.  Minyak Urut Herba (60 ml)
10. Minyak Bayi (60 ml)

Percuma : bengkung

Tentang cara penggunaan die.. tak payah nak risau sebab ada buku panduan yang sangat senang untuk difahami menggunakan bahasa melayu dan english. 

Selepas beberapa hari menggunakan set ni..aku rasa oklah not bad. best jugak sebab semua dah ade. Tapi amalan bertungku dan mengurut jangan lupa k sbb tu penting bagi ketahanan kita untuk masa depan.Memang waktu muda kita mungkin tak rasa kesannya tapi bila dah 40-an..kesannya bakal muncul.  Sebab waktu bersalin biasalah urat kita akan meregang semuanya. So tu tersangatlah penting ok.

Sepanjang tempoh berpantang aku bertungku 2 kali sehari dan mengurut 3 hari plus 1 hari pelepas selain daripada berpantang makan.Untuk makanan elok diamalkan makan sayur sawi, lobak putih, minum horlick atau milo untuk menambah susu badan. Tu makanan dan minuman yang disarankan oleh doktor. Lauk utama biasalah berasaskan bakar...dan buah yg ok adalah buah epal merah yang manis ok.

Sebenarnya tempoh berpantang adalah tempoh rehat selepas mengandung dan melupakan sakit bersalin yg terngiang2 lagi dlm fikiran kita. Bagi yang bersalin secara normal mesti bersetuju dengan apa yang aku cakapkan.. tul x...Berpantang ini sebenary best sbb xpayah nak fk tuk buat kerja rumah..just jaga susu tuk baby jer..so nikmatilah waktu berpantang anda..hehe...

Saturday, May 18, 2013

Tiba masanya...pengalaman bersalinku

Pada 11 mei 2013, tibalah masanya lahiry putera sulung ku secara normal dengan seberat 3.11 pada pukul 7.50 pagi dengan bantuan vakum dalam keadaan sempurna...syukur kehadrat illahi yg tak terhingga dengan kurniaan yang tidak ternilai ini..terima kasih ya Allah..Aku akan jaganya sebaik mungkin amanatmu ini..

Mengimbau kembali sewaktu lahirnya dia di bumi ini :
10 mei - Sebenarnya hari ini mmg ade temujanji tuk checkup kat  UMRA  kerana masalah air ketumban aku dah mula berkurangan 2 hari lepas. pada malam nya aku alami kontraksi start pukul 2 sampai lah paginya..waktu itu aku memang tidak tahu macam mana rsy kontraksi itu maklumlah kali pertama.Aku tengok ade lah keluar darah..tapi waktu itu aku tidak yakin adakah aku sudah terlalu hampir untuk bersalin. so, aku tunggu hingga pagi. Dalam pukul 8.30 aku pergi ke hospital untuk checkup. aku cerita kat doktor pasal rs sakit dan darah yang keluar. Doktor check bukaan dan tiada bukaan tapi aku ckp kenapa rs sakit ade.. so, dia bagi pilihan samada nak duduk dekat wad atau pun nak balik..selepas berbincang dgn en. suami..kami buat keputusan tuk balik.. Sepanjang perjalanan pulang kontraksi tu semakin kurang.Kontraksi datang balik selepas pukul 11 mlm sewaktu kami bersiap tuk tidur .

11 mei (1.00 am) - Kontraksi makin kerap aku rasa setiap 3 minit sekali... memang aku tak dapat tidur masa tu. rasa sakit yg aku sendiri tak tahu macam mana nak cerita. Orang cakap camtulah rasanya senggugut.tapi seumur hidup aku mmg xpernah kene senggugut. So, aku mmg tak tahu.. kalau itulah rasanya memang sakit..rasa macam kejang bahagian abdomen ke bahagian punggung. Dalam pukul 3 pagi ade ketulan pekat merah keluar dengan banyak. waktu itu aku dapat rasakan yang aku mungkin semakin hampir dan aku yakin mungkin hari ini.. Aku masih bertahan sampai pukul 6 pagi.


6.00 am : Kami terus bersiap untuk pergi ke hospital UMRA sebab aku memang tak boleh nak tahan. Sepanjamg perjalanan kontraksi sentiasa menyerang dan begitu menyakitkan.. tapi aku cuba tahan sebab aku takut en. suami kelam kabut.

7.00 am : Sampai kat hospital UMRA..lepas daftar kat kaunter, aku terus dibawa ke labour room. Masa tu doktor ade pesakit len dan terpaksa meninggu sampai pukul 7.45...rasa sakit tu sentiasa hadir...dan tiap kali tu aku cuba bernafas mengikut nasihat nurse tu...tarik nafas panjang dan hembus 3 x...

7.45am : Doktor datang dan check bukaan aku..alhamdulillah bukaan aku dah 8cm dan aku memang dah bersedia nak bersalin. doktor memecahkan air ketumban dan doktor dah mula suruh aku push.. Ya Allah..rasa sakit tu memang tak terkira sakitnya...tak dapat aku ceritakan..klu kontraksi tu dah sgt sakit..sakit bersalin lagi berganda rasa sakit tu..Nadi baby mula lemah dan doktor terpaksa guna bantuan vakum untuk sedut baby keluar.

7.50 am : Syukur..lahirnya putera sulungku...

Oleh kerana ade masalah koyakan lebih aku terpaksa menjalani pembedahan kecil..Aku sendiri tidak pasti pukul berapa kerana waktu itu aku telah diberi ubat tido menyebabkan aku dalam keadaan separa sedar. Apa yang pasti aku dibawa ke bilik bedah dan selepas itu aku dah tidak sedar langsung apa yang terjadi seolah2 aku dlm keadaan koma.Selepas pembedahan aku dibawa ke bilik rehat dan aku msih dalam keadaan separa sedar dan badan aku kebas kerana seluruh badanku sudah dibius. Dalam pukul 4 or 5 ptg barulah aku sedar dan dapat melihat babyku..syukur alhamdulillah...aku selamat melahirkan dia.



Wednesday, May 8, 2013

kuantiti susu untuk bayi 0-6 bulan

Sebagai seorang ibu sentiasa menunjukkan kebimbangan ke atas anak mereka dalam ape jua perkara.itulah kasihy seorang ibu kepada anak mereka yang tiada batasannya.

Jumlah pengambilan susu dalam seharian oleh bayi menjadi keimbangan bagi setiap yg bergelar ibu. jika diberi susu berlebihan bayi akan muntah susu dan jika kurang dikuatiri bayi tidak mendapat zat yang sepatutnya..di bawah adalah sedikit panduan dalam menentukan kuantiti susu yang diperlukan yang hendak aku kongsikan.

Formula 1
---------
Untuk mendapatkan jumlah susu diperlukan oleh bayi dalam unit oz,
        “Darabkan berat bayi (dalam unit pound) dengan 2.5”

Sebagai contoh: Bayi yang mempunyai berat 6lb dan berumur 2 bulan,memerlukan sebanyak 15oz dalam masa 24 jam dan memerlukan antara 3oz-4oz dalam setiap susuan. Oleh itu bolehlah membancuh susu formula sebanyak 3 oz untuk 8 kali susuan dalam masa 24 jam. Formula ini hanya menggunakan unit pound, lb (untuk berat) dan ounce, oz (untuk isipadu).


Formula 2
---------
Formula ini mengikut umur bayi.

0 hingga 1 bulan   → 30ml-60ml (1oz-2oz)
1 hingga 2 bulan   → 90ml-120ml (3oz-4oz)
2 hingga 6 bulan   → 120ml-180ml (4oz-6oz)
6 hingga 12 bulan → 180ml-220ml (6oz-8oz)
             
sumber:drzubaidi.com

Panduan ini adalah secara kasar dan tidak sesuai untuk bayi pramatang

Saturday, April 27, 2013

genapnya 9 bulan

Hari ni genap 36 minggu aku bersama dengan baby ku...cepat betul masa berlalu sampai aku sendiri pun tak sedar masa aku tuk melahirkan die dah makin hampir..dengan kesibukan di tempat kerja di tambah aktiviti di rumah membuat aku kurang sedar ms berlalu..perut pun dah cukup besar dan pergerakan semakin perlahan ..penat dan kadang2 jadi kurg bermaya..mujurlah husband pun faham juga kepenatan aku dan xsuruh aku buat kerja dan xbyk kerenahy..

Sebelum  tdo aku terfikir juga kekadang..bagaimanalah nanti saat melahirkan anak...perasaan takut tetiba muncul  tapi lepas aku fikir...mcm  mane keadaan sekali pun aku kene hadapi juga..itulah keadaan dan itulah pengalaman yg kene aku alami...kkdg aku mencari juga info di internet pengalaman org mlahirkan anak..cara nk atasi kesakitan semua...bukan ape just sebagai persediaan dan pengetahuan bila tiba masa aku pula...

Ikut perancangan kami, aku akan bersalin di hospital UMRA di shah alam..bertentangan dengan stadium Shah Alam.So start bulan ke 8 aku dah kene buat 3 kali checkup tuk melayakkan aku bersalin kat sane...bila dah 8 bulan checkup akan dibuat setiap 2 minggu dan  msuk bln ke 9 seminggu sekali..tiap kali checkup denyutan nadi baby akan diambil... nakal sgt baby aku sebab tiap kali tulah die akan tdo dan sentiasa nk kene kejutkan..

Memang x sabar nk jupe dia..aku sentiasa berdoa agar semuanya berjln dengan lancar dan dia lahir dengan sempurna...aminn

Thursday, April 11, 2013

Berat ideal bayi

Sebagai ibu sedikit sebanyak agak bimbang dengan berat baby kite dan tertanya-tanya cukup ker susu yang diminum selama ni..kekadang kite akan tanye member2 atau sedara terdekat sebab nak bandingkan dengan berat baby kita..ni sedikit panduan yang aku olah daripada website health.detik.com berkenaan dengan berat ideal bayi yang ingin aku kongsikan bersama...

Berat bayi adalah mengikut perkembangan bayi masing-masing dan tidak sama. Kadang-kadang ia akan melibatkan faktor genetik, penyakit dan sebagainya.
 

Wednesday, January 30, 2013

Bulan ke-4 hingga 6 bersama baby

Aku rs semakin bersemangat maklumlah dah masuk trasmeter ke-2 ni...masuk bulan ke-4 memang tak banyak perubahan...tapi rasa lebih bertenaga..cam sakit2 kepala tu dah xrasa ketara sangat lah..oklah...mungkin masa ni badan dah boleh terima perubahan hormon kita...

Masuk bulan ke-5 hingga ke-6 memang banyak gerakan yang boleh rasa...dah tahu time bila die bergerak...setakat ini baby ni aktif jer die...asyik terasa gerakan2 dalam tummy ni... masuk 6 bulan ni berat badan dah mmg ketara naik..kalau diikut2 start dari awal kehamilan sampai sekarang...lebih kurang 10kg dah nek ni...jenuhlahh nanti nak diet balik...

Ermm husband dah pilih nama tuk baby ni..aku tau die pun memang excited...nama untuk baby lelaki..kalau perempuan lum fikir lagi..actually ms scan 5 bulan ari tu memang xnampak..doktor kata baby terkangkang cam ner thah..tak nampak tuk yang scan 2d punyer... tunggu lah weekend ni scan tuk bulan ke-6..hope boleh nampak lah jantina die...memang tak sabar...

Sekarg ni kalau pergi mane2 supermarket mesti akan ade barang yang akan dibeli untuk baby...hehehe..memang excited sebnary menyambut kelahiran baby pertama ni...lagipun barang2 baby kan cute and comel semua.. stakat ni barang2 besar jer lum beli lagi...insya-Allah akan diusahakan dari masa ke semasa...

Aku sentiasa mendoakan baby ni sentiasa sihat dan sempurna semuanya...aminn...



Sunday, January 27, 2013

Panduan Asas Solat terawih dan witir

1. Niat solat terawih
2. Panduan ayat lazim solat terawih

    Apabila kita solat terawih sendirian kebiasaan kita akan membaca surah-surah lazim. Di sini adalah 
    panduan bacaan surah lazim dalam solat terawih :
                                                 sumber : al-azkar.blogspot

    Bagi rakaat yang genap (2,4,6,8,10,12,14,16,18,20) boleh membaca surah al-ikhlas tetapi pada hari ke-16 hingga terakhir digalakkan membaca surah al-qadr dan rakaat kedua surah2 biasa.

3. Niat solat witir(2 rakaat)


أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الوِتْرِ رَÙƒَعَتَÙŠْÙ†ِ Ù„ِلهِ تَعالىَ     
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"
  
3a. Surah solat witir(2 rakaat)
                                                                             Raka’at pertama: Surah Al-A’laa
                                   Raka’at kedua: Surah  Al-Kafiruun
 


4. Niat solat witir(1 rakaat)
 
أصَÙ„ِّÙŠ سُÙ†َّØ©َ الوِتْرِ رَÙƒَعَØ©ً Ù„ِلهِ تَعالىَ
Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

4a. Surah solat witir(1 rakaat)
 Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan
An-Naas.
 

5. Zikir selepas solat witir

سُبْØ­َانَ اللَّÙ‡ُ الْÙ…َÙ„ِÙƒِ الْÙ‚ُدُّوسِ

6. Doa selepas solat witir  

Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

Saturday, January 26, 2013

WAKTU YANG DITEGAH SOLAT SUNAT


5 Waktu ditegah (diharamkan) solat sunat

1. Selepas daripada solat fardu Subuh sehingga terbitnya matahari.
2. Mulai dari terbit matahari sehingga tinggi matahari itu kadar segalah pada pandangan mata (kira-kira 16 minit setelah matahari terbit).
3. Ketika matahari istiwa (berada di tengah-tengah langit) sehingga zawal (gelincir dari tengah-tengah langit) KECUALI hari Jumaat.
4. Selepas daripada solat fardu Asar sehingga terbenam matahari.
5. Ketika langit petang kelihatan kekuning-kuningan (ketika matahari hampir terbenam) hingga Maghrib.


Hukum solat ketika khutbah jumaat

Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi.


Boleh melakukan solat pada waktu yang di tegah jika:

*Solat sunat di dalam Masjidil Haram dan kawasan-kawasan tanah haram di MEKAH, ianya dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.

*Boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim (haram)
*Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu/ mendatang) seperti solat sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.

Thursday, January 24, 2013

Wednesday, January 23, 2013

Rukun Puasa dan Sembahyang

Rukun Sembahyang
  1.  BERDIRI BETUL, jika tidak mampu boleh dengan duduk jika tidak mampu juga boleh sembahyang dalam keadaan berbaring.
  2. NIAT, dilafazkan sewaktu mengangkat takbiratul ihram.
  3. TAKBIRATUL IHRAM, mengucapkan perkataan Allahu Akbar.
  4. MEMBACA SURAH AL-FATIHAH, bermula dengan bacaan Bismillah... hinggalah Waladhaallin.
  5. RUKUK DENGAN THUMAKNINAH, membongkok 90 darjah.
  6. IKTIDAL DENGAN THUMAKNKNAH, berdiri betul selepas rukuk.
  7. SUJUD DUA KALI DENGAN THUMAKNINAH, membongkok sehingga dahi berada diparas lantai.
  8. DUDUK ANTARA DUA SUJUD DENGAN THUMAKNINAH, duduk sebentar selepas sujud yang pertama.
  9. DUDUK BAGI TAHAIYAT AKHIR.
  10. MEMBACA TAHAIYAT AKHIR.
  11. MEMBACA SELAWAT, membaca selawat keatas junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
  12. MEMBERI SALAM, memalingkan muka kearah kanan dan memberi salam dan diikuti pula sebelah kiri juga dengan salam.
  13. TERTIB, mengikut aturan, turutan atau urutan seperti yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan. Perkara lain yang dilakukan dalam sembahyang dari rukun ini dinamakan sunat.
   

 Rukun Puasa
  • Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
  • Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.


Selawat ke atas nabi kita Muhammad

Di bawah adalah lirik selawat ke atas nabi junjungan kita, Nabi Muhammad yang selalu di baca dalam majlis-majlis kesyukuran.


Senarai nama Allah, Malaikat, Rasul dan kitab

Selepas mengetahui asasnya, mengetahui nama-nama malaikat, rasul dan kitab juga perlu sebagai orang islam.

  • Senarai nama-nama Allah
          1. Ar-Rahman (Ar Rahman) Artinya Yang Maha Pemurah
          2. Ar-Rahim (Ar Rahim) Artinya Yang Maha Mengasihi
          3. Al-Malik (Al Malik) Artinya Yang Maha Menguasai / Maharaja Teragung
          4. Al-Quddus (Al Quddus) Artinya Yang Maha Suci
          5. Al-Salam (Al Salam) Artinya Yang Maha Selamat Sejahtera
          6. Al-Mu'min (Al Mukmin) Artinya Yang Maha Melimpahkan Keamanan
          7. Al-Muhaimin (Al Muhaimin) Artinya Yang Maha Pengawal serta Pengawas
          8. Al-Aziz (Al Aziz) Artinya Yang Maha Berkuasa
          9. Al-Jabbar (Al Jabbar) Artinya Yang Maha Kuat Yang Menundukkan Segalanya
        10. Al-Mutakabbir (Al Mutakabbir) Artinya Yang Melengkapi Segala kebesaranNya
        11. Al-Khaliq (Al Khaliq) Artinya Yang Maha Pencipta
        12. Al-Bari (Al Bari) Artinya Yang Maha Menjadikan
        13. Al-Musawwir (Al Musawwir) Artinya Yang Maha Pembentuk
        14. Al-Ghaffar (Al Ghaffar) Artinya Yang Maha Pengampun

        15. Al-Qahhar (Al Qahhar) Artinya Yang Maha Perkasa
        16. Al-Wahhab (Al Wahhab) Artinya Yang Maha Penganugerah
        17. Al-Razzaq (Al Razzaq) Artinya Yang Maha Pemberi Rezeki
        18. Al-Fattah (Al Fattah) Artinya Yang Maha Pembuka
        19. Al-'Alim (Al Alim) Artinya Yang Maha Mengetahui
        20. Al-Qabidh (Al Qabidh) Artinya Yang Maha Pengekang
        21. Al-Basit (Al Basit) Artinya Yang Maha Melimpah Nikmat
        22. Al-Khafidh (Al Khafidh) Artinya Yang Maha Perendah / Pengurang
        23. Ar-Rafi' (Ar Rafik) Artinya Yang Maha Peninggi
        24. Al-Mu'izz (Al Mu'izz) Artinya Yang Maha Menghormati / Memuliakan
        25. Al-Muzill (Al Muzill) Artinya Yang Maha Menghina
        26. As-Sami' (As Sami) Artinya Yang Maha Mendengar
        27. Al-Basir (Al Basir) Artinya Yang Maha Melihat
        28. Al-Hakam (Al Hakam) Artinya Yang Maha Mengadili
        29. Al-'Adl (Al Adil) Artinya Yang Maha Adil
        30. Al-Latif (Al Latif) Artinya Yang Maha Lembut serta Halus
        31. Al-Khabir (Al Khabir) Artinya Yang Maha Mengetahui
        32. Al-Halim (Al Halim) Artinya Yang Maha Penyabar
        33. Al-'Azim (Al Azim) Artinya Yang Maha Agung
        34. Al-Ghafur (Al Ghafur) Artinya Yang Maha Pengampun
        35. Asy-Syakur (Asy Syakur) Artinya Yang Maha Bersyukur
        36. Al-'Aliy (Al Ali) Artinya Yang Maha Tinggi serta Mulia
        37. Al-Kabir (Al Kabir) Artinya Yang Maha Besar
        38. Al-Hafiz (Al Hafiz) Artinya Yang Maha Memelihara
        39. Al-Muqit (Al Muqit) Artinya Yang Maha Menjaga
        40. Al-Hasib (Al Hasib) Artinya Yang Maha Penghitung
        41. Al-Jalil (Al Jalil) Artinya Yang Maha Besar serta Mulia
       42. Al-Karim (Al Karim) Artinya Yang Maha Pemurah
       43. Ar-Raqib (Ar Raqib) Artinya Yang Maha Waspada
       44. Al-Mujib (Al Mujib) Artinya Yang Maha Pengkabul
       45. Al-Wasi' (Al Wasik) Artinya Yang Maha Luas
       46. Al-Hakim (Al Hakim) Artinya Yang Maha Bijaksana
       47. Al-Wadud (Al Wadud) Artinya Yang Maha Penyayang
       48. Al-Majid (Al Majid) Artinya Yang Maha Mulia
       49. Al-Ba'ith (Al Baith) Artinya Yang Maha Membangkitkan Semula
       50. Asy-Syahid (Asy Syahid) Artinya Yang Maha Menyaksikan
       51. Al-Haqq (Al Haqq) Artinya Yang Maha Benar
       52. Al-Wakil (Al Wakil) Artinya Yang Maha Pentadbir
       53. Al-Qawiy (Al Qawiy) Artinya Yang Maha Kuat
       54. Al-Matin (Al Matin) Artinya Yang Maha Teguh
       55. Al-Waliy (Al Waliy) Artinya Yang Maha Melindungi
       56. Al-Hamid (Al Hamid) Artinya Yang Maha Terpuji
       57. Al-Muhsi (Al Muhsi) Artinya Yang Maha Penghitung
       58. Al-Mubdi (Al Mubdi) Artinya Yang Maha Pencipta dari Asal
       59. Al-Mu'id (Al Muid) Artinya Yang Maha Mengembali dan Memulihkan
       60. Al-Muhyi (Al Muhyi) Artinya Yang Maha Menghidupkan
       61. Al-Mumit (Al Mumit) Artinya Yang Mematikan
       62. Al-Hayy (Al Hayy) Artinya Yang Senantiasa Hidup
       63. Al-Qayyum (Al Qayyum) Artinya Yang Hidup serta Berdiri Sendiri
       64. Al-Wajid (Al Wajid) Artinya Yang Maha Penemu
       65. Al-Majid (Al Majid) Artinya Yang Maha Mulia
       66. Al-Wahid (Al Wahid) Artinya Yang Maha Esa
       67. Al-Ahad (Al Ahad) Artinya Yang Tunggal
       68. As-Samad (As Samad) Artinya Yang Menjadi Tumpuan
       69. Al-Qadir (Al Qadir) Artinya Yang Maha Berupaya
       70. Al-Muqtadir (Al Muqtadir) Artinya Yang Maha Berkuasa
       71. Al-Muqaddim (Al Muqaddim) Artinya Yang Maha Menyegera
       72. Al-Mu'akhkhir (Al Muakhir) Artinya Yang Maha Penangguh
       73. Al-Awwal (Al Awwal) Artinya Yang Pertama
       74. Al-Akhir (Al Akhir) Artinya Yang Akhir
       75. Az-Zahir (Az Zahir) Artinya Yang Zahir
       76. Al-Batin (Al Batin) Artinya Yang Batin
       77. Al-Wali (Al Wali) Artinya Yang Wali / Yang Memerintah
       78. Al-Muta'ali (Al Muta Ali) Artinya Yang Maha Tinggi serta Mulia
       79. Al-Barr (Al Barr) Artinya Yang banyak membuat kebajikan
       80. At-Tawwab (At Tawwab) Artinya Yang Menerima Taubat
       81. Al-Muntaqim (Al Muntaqim) Artinya Yang Menghukum Yang Bersalah
       82. Al-'Afuw (Al Afuw) Artinya Yang Maha Pengampun
       83. Ar-Ra'uf (Ar Rauf) Artinya Yang Maha Pengasih serta Penyayang
       84. Malik-ul-Mulk (Malikul Mulk) Artinya Pemilik Kedaulatan Yang Kekal
       85. Dzul-Jalal-Wal-Ikram (Dzul Jalal Wal Ikram) Artinya Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan
       86. Al-Muqsit (Al Muqsit) Artinya Yang Maha Saksama
       87. Al-Jami' (Al Jami) Artinya Yang Maha Pengumpul
       88. Al-Ghaniy (Al Ghaniy) Artinya Yang Maha Kaya Dan Lengkap
       89. Al-Mughni (Al Mughni) Artinya Yang Maha Mengkayakan dan Memakmurkan
       90. Al-Mani' (Al Mani) Artinya Yang Maha Pencegah
       91. Al-Darr (Al Darr) Artinya Yang Mendatangkan Mudharat
       92. Al-Nafi' (Al Nafi) Artinya Yang Memberi Manfaat
       93. Al-Nur (Al Nur) Artinya Cahaya
       94. Al-Hadi (Al Hadi) Artinya Yang Memimpin dan Memberi Pertunjuk
       95. Al-Badi' (Al Badi) Artinya Yang Maha Pencipta Yang Tiada BandinganNya
       96. Al-Baqi (Al Baqi) Artinya Yang Maha Kekal
       97. Al-Warith (Al Warith) Artinya Yang Maha Mewarisi
       98. Ar-Rasyid (Ar Rasyid) Artinya Yang Memimpin Kepada Kebenaran
       99. As-Sabur (As Sabur) Artinya Yang Maha Penyabar / Sabar

                                                                                                  sumber: organisasi.org

  • Senarai nama-nama Malaikat
         1) Malaikat Jibril - Menyampaikan wahyu
         2) Malaikat Mikail - Menyebarkan rezeki dan menurunkan hujan
         3) Malaikat Israfil -  Meniupkan Sangkakala
         4) Malaikat Izrail - Mencabut nyawa Makhluk hidup
         5) Malaikat Raqib - Mencatat amal kebaikan manusia
         6) Malaikat Atid -  Mencatat amal keburukan manusia
         7) Malaikat Munkar -  Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzakh )
         8) Malaikat Nakir -  Menanyakan mayat di alam kubur ( Barzakh )
         9) Malaikat Malik - Menjaga pintu neraka
       10) Malaikat Ridwan - Menjaga pintu Syurga


  • Senarai 25 nama-nama Rasul
    1. Adam
    2. Idris
    3. Nuh
    4. Hud
    5. Soleh
    6. Ibrahim
    7. Lut
    8. Ismail
    9. Ishak
    10. Ya’akob
    11. Yusuf
    12. Ayub
    13. Syui’b
    14. Musa
    15. Harun
    16. Zulkifli
    17. Daud
    18. Sulaiman
    19. Ilyas
    20. Ilyasa’
    21. Yunus
    22. Zakaria
    23. Yahya
    24. Isa
    25. Muhammad s.a.w.

  • Senarai 4 nama-nama Kitab
    1. Taurat - diturunkan kepada Nabi Musa AS.
    2. Zabur - diturunkan kepada Nabi Daud AS.
    3. Injil - diturunkan kepada Nabi Isa AS.
    4. Al-Quran - diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Asas Dalam Islam

Sebagai asas dalam Islam kita perlu tahu dan sentiasa menyebut dua kalimah syahadah dan sentiasa mengingati rukun islam dan rukun iman

Mengucap  Dua Kalimah Syahadah :


Antara Kelebihan Dua Kalimah Syahadah :


Rukun Islam dan Iman

Thursday, January 3, 2013

Surah semasa mengandung

Antara surah yg boleh diamal  bersama semasa mengadung ialah:

Surah Al-Fatihah
Untuk menerangkan hati dan menguatkan ingatan
Surah Maryam
Bagi memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat
Surah Luqman
Bagi memperolehi anak cerdik akal dan cerdik jiwa
Surah Yusuf
Bagi memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak
Surah Hujurat
Bagi memperbanyakkan air susu ibu dan anak bersifat berhati-hati
Surah Yasin
Bagi menenangkan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
Surah At-Taubah
Bagi membersihkan jiwa dan terpelihara dari maksiat
Surah An-Nahl
Untuk melahirkan anak yang berdisiplin