nuffnang

Saturday, May 18, 2013

Tiba masanya...pengalaman bersalinku

Pada 11 mei 2013, tibalah masanya lahiry putera sulung ku secara normal dengan seberat 3.11 pada pukul 7.50 pagi dengan bantuan vakum dalam keadaan sempurna...syukur kehadrat illahi yg tak terhingga dengan kurniaan yang tidak ternilai ini..terima kasih ya Allah..Aku akan jaganya sebaik mungkin amanatmu ini..

Mengimbau kembali sewaktu lahirnya dia di bumi ini :
10 mei - Sebenarnya hari ini mmg ade temujanji tuk checkup kat  UMRA  kerana masalah air ketumban aku dah mula berkurangan 2 hari lepas. pada malam nya aku alami kontraksi start pukul 2 sampai lah paginya..waktu itu aku memang tidak tahu macam mana rsy kontraksi itu maklumlah kali pertama.Aku tengok ade lah keluar darah..tapi waktu itu aku tidak yakin adakah aku sudah terlalu hampir untuk bersalin. so, aku tunggu hingga pagi. Dalam pukul 8.30 aku pergi ke hospital untuk checkup. aku cerita kat doktor pasal rs sakit dan darah yang keluar. Doktor check bukaan dan tiada bukaan tapi aku ckp kenapa rs sakit ade.. so, dia bagi pilihan samada nak duduk dekat wad atau pun nak balik..selepas berbincang dgn en. suami..kami buat keputusan tuk balik.. Sepanjang perjalanan pulang kontraksi tu semakin kurang.Kontraksi datang balik selepas pukul 11 mlm sewaktu kami bersiap tuk tidur .

11 mei (1.00 am) - Kontraksi makin kerap aku rasa setiap 3 minit sekali... memang aku tak dapat tidur masa tu. rasa sakit yg aku sendiri tak tahu macam mana nak cerita. Orang cakap camtulah rasanya senggugut.tapi seumur hidup aku mmg xpernah kene senggugut. So, aku mmg tak tahu.. kalau itulah rasanya memang sakit..rasa macam kejang bahagian abdomen ke bahagian punggung. Dalam pukul 3 pagi ade ketulan pekat merah keluar dengan banyak. waktu itu aku dapat rasakan yang aku mungkin semakin hampir dan aku yakin mungkin hari ini.. Aku masih bertahan sampai pukul 6 pagi.


6.00 am : Kami terus bersiap untuk pergi ke hospital UMRA sebab aku memang tak boleh nak tahan. Sepanjamg perjalanan kontraksi sentiasa menyerang dan begitu menyakitkan.. tapi aku cuba tahan sebab aku takut en. suami kelam kabut.

7.00 am : Sampai kat hospital UMRA..lepas daftar kat kaunter, aku terus dibawa ke labour room. Masa tu doktor ade pesakit len dan terpaksa meninggu sampai pukul 7.45...rasa sakit tu sentiasa hadir...dan tiap kali tu aku cuba bernafas mengikut nasihat nurse tu...tarik nafas panjang dan hembus 3 x...

7.45am : Doktor datang dan check bukaan aku..alhamdulillah bukaan aku dah 8cm dan aku memang dah bersedia nak bersalin. doktor memecahkan air ketumban dan doktor dah mula suruh aku push.. Ya Allah..rasa sakit tu memang tak terkira sakitnya...tak dapat aku ceritakan..klu kontraksi tu dah sgt sakit..sakit bersalin lagi berganda rasa sakit tu..Nadi baby mula lemah dan doktor terpaksa guna bantuan vakum untuk sedut baby keluar.

7.50 am : Syukur..lahirnya putera sulungku...

Oleh kerana ade masalah koyakan lebih aku terpaksa menjalani pembedahan kecil..Aku sendiri tidak pasti pukul berapa kerana waktu itu aku telah diberi ubat tido menyebabkan aku dalam keadaan separa sedar. Apa yang pasti aku dibawa ke bilik bedah dan selepas itu aku dah tidak sedar langsung apa yang terjadi seolah2 aku dlm keadaan koma.Selepas pembedahan aku dibawa ke bilik rehat dan aku msih dalam keadaan separa sedar dan badan aku kebas kerana seluruh badanku sudah dibius. Dalam pukul 4 or 5 ptg barulah aku sedar dan dapat melihat babyku..syukur alhamdulillah...aku selamat melahirkan dia.



No comments:

Post a Comment