nuffnang

Saturday, May 25, 2013

Berpantang lah pulak -Tropical Herbs

Ermm bersalin dah selamat..kini dah tiba masa untuk berpantang pulak.. Aku terpaksa berpantang lewat sebab nak lepas zon selamat untuk anak aku daripada terkena demam kuning...ingat yer..untuk mengelakkan anak daripada kuning sila elakkan  makan jamu,atau segalanya k..tunggu anak lepas zon selamat iaitu dlm tempoh 10-15 hari baru boleh...tu nasihat daripada doktor. So kalau xnak ambik risiko baik xpayah buat kan..klau anak kene demam kuning satu hal pulak kan nak kene ulang alik ke hospital

Ada orang masih memilih cara traditional tuk berpantang tapi bagi aku, aku menggunakan set  berpantang moden iaitu tropical herbs daripada amway.harga pasaran sekarang rm308 tapi  kalau ada yang berminat untuk beli dengan aku..aku boleh bagi dalam rm285. Kalau nak pos kene tambah wet tuk perkhidmatan pos lajulah rm10. Penghantaran percuma bg orang  yang duduk sekitar Klang Valley. Silalah hubungi/sms/wassup aku - 0179210703(pn. Ezan). Untuk maklumat lanjut silalah dengan hormat pegi ke link berikut:

 http://hne-happytogether.blogspot.com/p/blog-page_5300.html

Ade 10 barang yang ada dalam set lengkap tropical herbs ni :

Produk untuk Dimakan
1.  Teh Herba (10 uncang)
2.  Lepas Bersalin 1 (60 kapsul sayuran)
3.  Lepas Bersalin 2 (80 kapsul sayuran)

Produk-produk untuk Kegunaan Luaran
4.  Herba Pembersih Wanita (20 uncang)
5.  Herba Mandian (20 uncang)
6.  Campuran Peramping Perut (20 paket)
7.  Campuran Penghangat (15 paket)
8.  Campuran Penenang (15 paket)
9.  Minyak Urut Herba (60 ml)
10. Minyak Bayi (60 ml)

Percuma : bengkung

Tentang cara penggunaan die.. tak payah nak risau sebab ada buku panduan yang sangat senang untuk difahami menggunakan bahasa melayu dan english. 

Selepas beberapa hari menggunakan set ni..aku rasa oklah not bad. best jugak sebab semua dah ade. Tapi amalan bertungku dan mengurut jangan lupa k sbb tu penting bagi ketahanan kita untuk masa depan.Memang waktu muda kita mungkin tak rasa kesannya tapi bila dah 40-an..kesannya bakal muncul.  Sebab waktu bersalin biasalah urat kita akan meregang semuanya. So tu tersangatlah penting ok.

Sepanjang tempoh berpantang aku bertungku 2 kali sehari dan mengurut 3 hari plus 1 hari pelepas selain daripada berpantang makan.Untuk makanan elok diamalkan makan sayur sawi, lobak putih, minum horlick atau milo untuk menambah susu badan. Tu makanan dan minuman yang disarankan oleh doktor. Lauk utama biasalah berasaskan bakar...dan buah yg ok adalah buah epal merah yang manis ok.

Sebenarnya tempoh berpantang adalah tempoh rehat selepas mengandung dan melupakan sakit bersalin yg terngiang2 lagi dlm fikiran kita. Bagi yang bersalin secara normal mesti bersetuju dengan apa yang aku cakapkan.. tul x...Berpantang ini sebenary best sbb xpayah nak fk tuk buat kerja rumah..just jaga susu tuk baby jer..so nikmatilah waktu berpantang anda..hehe...

Saturday, May 18, 2013

Tiba masanya...pengalaman bersalinku

Pada 11 mei 2013, tibalah masanya lahiry putera sulung ku secara normal dengan seberat 3.11 pada pukul 7.50 pagi dengan bantuan vakum dalam keadaan sempurna...syukur kehadrat illahi yg tak terhingga dengan kurniaan yang tidak ternilai ini..terima kasih ya Allah..Aku akan jaganya sebaik mungkin amanatmu ini..

Mengimbau kembali sewaktu lahirnya dia di bumi ini :
10 mei - Sebenarnya hari ini mmg ade temujanji tuk checkup kat  UMRA  kerana masalah air ketumban aku dah mula berkurangan 2 hari lepas. pada malam nya aku alami kontraksi start pukul 2 sampai lah paginya..waktu itu aku memang tidak tahu macam mana rsy kontraksi itu maklumlah kali pertama.Aku tengok ade lah keluar darah..tapi waktu itu aku tidak yakin adakah aku sudah terlalu hampir untuk bersalin. so, aku tunggu hingga pagi. Dalam pukul 8.30 aku pergi ke hospital untuk checkup. aku cerita kat doktor pasal rs sakit dan darah yang keluar. Doktor check bukaan dan tiada bukaan tapi aku ckp kenapa rs sakit ade.. so, dia bagi pilihan samada nak duduk dekat wad atau pun nak balik..selepas berbincang dgn en. suami..kami buat keputusan tuk balik.. Sepanjang perjalanan pulang kontraksi tu semakin kurang.Kontraksi datang balik selepas pukul 11 mlm sewaktu kami bersiap tuk tidur .

11 mei (1.00 am) - Kontraksi makin kerap aku rasa setiap 3 minit sekali... memang aku tak dapat tidur masa tu. rasa sakit yg aku sendiri tak tahu macam mana nak cerita. Orang cakap camtulah rasanya senggugut.tapi seumur hidup aku mmg xpernah kene senggugut. So, aku mmg tak tahu.. kalau itulah rasanya memang sakit..rasa macam kejang bahagian abdomen ke bahagian punggung. Dalam pukul 3 pagi ade ketulan pekat merah keluar dengan banyak. waktu itu aku dapat rasakan yang aku mungkin semakin hampir dan aku yakin mungkin hari ini.. Aku masih bertahan sampai pukul 6 pagi.


6.00 am : Kami terus bersiap untuk pergi ke hospital UMRA sebab aku memang tak boleh nak tahan. Sepanjamg perjalanan kontraksi sentiasa menyerang dan begitu menyakitkan.. tapi aku cuba tahan sebab aku takut en. suami kelam kabut.

7.00 am : Sampai kat hospital UMRA..lepas daftar kat kaunter, aku terus dibawa ke labour room. Masa tu doktor ade pesakit len dan terpaksa meninggu sampai pukul 7.45...rasa sakit tu sentiasa hadir...dan tiap kali tu aku cuba bernafas mengikut nasihat nurse tu...tarik nafas panjang dan hembus 3 x...

7.45am : Doktor datang dan check bukaan aku..alhamdulillah bukaan aku dah 8cm dan aku memang dah bersedia nak bersalin. doktor memecahkan air ketumban dan doktor dah mula suruh aku push.. Ya Allah..rasa sakit tu memang tak terkira sakitnya...tak dapat aku ceritakan..klu kontraksi tu dah sgt sakit..sakit bersalin lagi berganda rasa sakit tu..Nadi baby mula lemah dan doktor terpaksa guna bantuan vakum untuk sedut baby keluar.

7.50 am : Syukur..lahirnya putera sulungku...

Oleh kerana ade masalah koyakan lebih aku terpaksa menjalani pembedahan kecil..Aku sendiri tidak pasti pukul berapa kerana waktu itu aku telah diberi ubat tido menyebabkan aku dalam keadaan separa sedar. Apa yang pasti aku dibawa ke bilik bedah dan selepas itu aku dah tidak sedar langsung apa yang terjadi seolah2 aku dlm keadaan koma.Selepas pembedahan aku dibawa ke bilik rehat dan aku msih dalam keadaan separa sedar dan badan aku kebas kerana seluruh badanku sudah dibius. Dalam pukul 4 or 5 ptg barulah aku sedar dan dapat melihat babyku..syukur alhamdulillah...aku selamat melahirkan dia.



Wednesday, May 8, 2013

kuantiti susu untuk bayi 0-6 bulan

Sebagai seorang ibu sentiasa menunjukkan kebimbangan ke atas anak mereka dalam ape jua perkara.itulah kasihy seorang ibu kepada anak mereka yang tiada batasannya.

Jumlah pengambilan susu dalam seharian oleh bayi menjadi keimbangan bagi setiap yg bergelar ibu. jika diberi susu berlebihan bayi akan muntah susu dan jika kurang dikuatiri bayi tidak mendapat zat yang sepatutnya..di bawah adalah sedikit panduan dalam menentukan kuantiti susu yang diperlukan yang hendak aku kongsikan.

Formula 1
---------
Untuk mendapatkan jumlah susu diperlukan oleh bayi dalam unit oz,
        “Darabkan berat bayi (dalam unit pound) dengan 2.5”

Sebagai contoh: Bayi yang mempunyai berat 6lb dan berumur 2 bulan,memerlukan sebanyak 15oz dalam masa 24 jam dan memerlukan antara 3oz-4oz dalam setiap susuan. Oleh itu bolehlah membancuh susu formula sebanyak 3 oz untuk 8 kali susuan dalam masa 24 jam. Formula ini hanya menggunakan unit pound, lb (untuk berat) dan ounce, oz (untuk isipadu).


Formula 2
---------
Formula ini mengikut umur bayi.

0 hingga 1 bulan   → 30ml-60ml (1oz-2oz)
1 hingga 2 bulan   → 90ml-120ml (3oz-4oz)
2 hingga 6 bulan   → 120ml-180ml (4oz-6oz)
6 hingga 12 bulan → 180ml-220ml (6oz-8oz)
             
sumber:drzubaidi.com

Panduan ini adalah secara kasar dan tidak sesuai untuk bayi pramatang