nuffnang

Wednesday, May 8, 2013

kuantiti susu untuk bayi 0-6 bulan

Sebagai seorang ibu sentiasa menunjukkan kebimbangan ke atas anak mereka dalam ape jua perkara.itulah kasihy seorang ibu kepada anak mereka yang tiada batasannya.

Jumlah pengambilan susu dalam seharian oleh bayi menjadi keimbangan bagi setiap yg bergelar ibu. jika diberi susu berlebihan bayi akan muntah susu dan jika kurang dikuatiri bayi tidak mendapat zat yang sepatutnya..di bawah adalah sedikit panduan dalam menentukan kuantiti susu yang diperlukan yang hendak aku kongsikan.

Formula 1
---------
Untuk mendapatkan jumlah susu diperlukan oleh bayi dalam unit oz,
        “Darabkan berat bayi (dalam unit pound) dengan 2.5”

Sebagai contoh: Bayi yang mempunyai berat 6lb dan berumur 2 bulan,memerlukan sebanyak 15oz dalam masa 24 jam dan memerlukan antara 3oz-4oz dalam setiap susuan. Oleh itu bolehlah membancuh susu formula sebanyak 3 oz untuk 8 kali susuan dalam masa 24 jam. Formula ini hanya menggunakan unit pound, lb (untuk berat) dan ounce, oz (untuk isipadu).


Formula 2
---------
Formula ini mengikut umur bayi.

0 hingga 1 bulan   → 30ml-60ml (1oz-2oz)
1 hingga 2 bulan   → 90ml-120ml (3oz-4oz)
2 hingga 6 bulan   → 120ml-180ml (4oz-6oz)
6 hingga 12 bulan → 180ml-220ml (6oz-8oz)
             
sumber:drzubaidi.com

Panduan ini adalah secara kasar dan tidak sesuai untuk bayi pramatang