nuffnang

Saturday, June 15, 2013

Kisah Rumahtangga

Antara page yang aku suka baca kat fb adalah page kisah rumahtangga...Orang len akan pm admin dan ceritakan pasal kisah rumahtangga dan admin akan publish dengan identiti disembunyikan...pengomen len akan bagi pendapat dan cadangan..ok jugak la sebab yerlah kkdg kita sebagai isteri ni cam xde tempat nak meluahkan prasaan...mmg jadi pompuan ni seringkali akan makan ati dengan sikap suami yang dianggap sebagai pelindung...tapi apalah akan jadi klu suami tu sendri yang buat hal..

Antara kisah2 yang aku baca..kebanyakan yang mengadu msalah adalah disebabkan suami yang curang...kehadiran orang ke3..xkiralah skandal, ipar duai, mentua...dan apa yang pasti kebanyakan yg terjadi bila perkahwinan dah masuk tahun ke 3 dan ke atas...mesti dah lama pengadu tu memendam rasa dan akhiry terluah jugak biar pun melalui penulisan...walaupun luahan camtu xmungkin dpt selesaikan msalah tapi skurgy dapat legakan perasaan seketika..

Sesekali takut jugak bile fikir cam nerlah pulak kisah aku..maklumlah kita hidup di dunia ni sentiasa ada ujian dan cabaran..apa yang pasti semua dugaan itu datangnya daripada Dia yang berkuasa..