nuffnang

Monday, July 1, 2013

Tak baik menilai

Kekadang kalau ada waktu lapang, aku selalu membaca gosip artis kat satu blog ni..tak perlu mention blog siapa..biaselah nak tau perkembangan artis kita.tapi yang pasti blog ni memang ramai peminatnya..

Yang aku tak berapa berkenan dengan pengomen kat sane...kata-kata yang terlalu cepat menilai...terlalu taksub dengan kebencian jika ada artis yang tak digemari...mengutuk, mencaci, memfitnah seolah-olah dia seorang sahaja yg perfect..di samping tu terlalu cepat melatah dan menilai dan mengambil semua isu yang diutarakan adalah benar..kat situ memang menampakkan pemikiran orang melayu kita yang terlalu cepat menghukum...menilai...kekadang sedih melihat perkembangan ini..artis juga manusia macam kita yang menjalankan aktiviti seharian cuma bezay dorang adalah public figure...

Dan yang paling menyedihkan lagi bila ada pengomen yang memberi nasihat yang baik diperlekeh..dikatakan pulak alim oleh pengomen lain...jika nasihat itu baik dan betul kenapa nak  mempertikai benda yang baik.. adakah orang melayu kita xboleh menerima sesuatu yang baik dan positif?